Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberi amaran keras tiada siapa akan terlepas daripada tindakan jika terlibat dalam rasuah, termasuk agensi penguat kuasa dan institusi kerajaan.
Baginda bertitah rasuah adalah pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat dan tidak akan diterima dalam pentadbiran negara.
Menurut kenyataan baginda, usaha memerangi rasuah bukan hanya tertumpu kepada pemberi dan penerima, malah melibatkan keseluruhan sistem termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
“Tidak kira apa jua pangkat anda, semuanya dalam radar. Siapa makan cili, dia terasa pedas. Jangan ingat saya tidak tahu apa-apa, saya ada risikan sendiri,” titah baginda.
Baginda turut menegaskan tindakan menentang rasuah tidak boleh sekadar retorik atau kosmetik dan jika terdapat pegawai yang gagal melaksanakan amanah dengan jujur dan berintegriti, pertukaran perlu dilakukan segera.
Kenyataan ini hadir ketika isu integriti institusi penguat kuasa kembali menjadi perhatian umum, khususnya melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.
Kontroversi berkaitan dakwaan pemilikan saham melebihi had penjawat awam mencetuskan siasatan khas kerajaan serta tekanan awam termasuk protes di ibu negara.
Sementara itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan jawatankuasa khas yang menyiasat isu tersebut perlu diberi ruang menjalankan siasatan secara menyeluruh sebelum sebarang tindakan diambil.
Kenyataan tegas Agong dilihat sebagai isyarat jelas bahawa perang terhadap rasuah mesti dilaksanakan secara menyeluruh dan konsisten di semua peringkat pentadbiran negara.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib