Ahli Lembaga Pengarah SRC perlu pikul tanggungjawab kerugian AS$1.8 bilion: Peguam

September 26, 2025 · Isu semasa

Ahli Lembaga Pengarah (BoD) SRC International Sdn. Bhd. tidak boleh melepaskan tanggungjawab mereka berhubung kerugian AS$1.18 bilion yang dialami syarikat itu tanpa menjalankan siasatan yang sewajarnya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Hujah tersebut dikemukakan oleh peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee dalam kes saman SRC International terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak, dan bekas ketua pegawai eksekutifnya, Nik Faisal Ariff Kamil.

Muhammad Farhan berpendapat ahli lembaga pengarah tidak wajar berdalih dengan ‘andaian khayalan’ bahawa mereka bimbang akan dipecat jika tidak mematuhi arahan pemegang saham tunggal syarikat itu pada masa itu.

Beliau menegaskan, adalah tidak munasabah untuk mereka berdiam diri mengenai isu kewangan serius dan hanya menurut arahan secara membuta tuli.

“Malah, jika mereka dipecat sekalipun, terdapat saluran undang-undang seperti membawa kes pemecatan itu ke Mahkamah Perusahaan.

“Lembaga Pengarah sepatutnya bebas daripada sebarang tekanan dalam melaksanakan tugas dan kewajipan amanah mereka,” hujahnya.

Sebaliknya, peguam Chong Yik Loong yang mewakili salah seorang bekas ahli lembaga pengarah yang dinamakan sebagai pihak ketiga berhujah, anak guamnya merupakan pengarah bukan eksekutif dan tidak diwajibkan untuk terlibat secara langsung dalam hal ehwal operasi syarikat.

Yik Loong juga mempertahankanahli lembaga pengarah tidak mempunyai tanggungjawab untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi atau menyiasat maklumat yang telah diberikan kepada mereka oleh pengurusan syarikat.

Selepas mendengar hujahan daripada semua pihak, Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin menangguhkan keputusan kes itu kepada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan memaklumkan mahkamah memerlukan masa untuk meneliti hujahan yang dikemukakan.

SRC International, di bawah pengurusan baharu, memfailkan saman pada Mei 2021 mendakwa berlakunya pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan penyelewengan dana syarikat.

Syarikat itu memohon perintah agar Najib membayar AS$120 juta dan Nik Faisal membayar AS$2 juta sebagai ganti rugi.

Beberapa bekas ahli lembaga pengarah turut dinamakan sebagai pihak ketiga dalam saman tersebut.

Berita berkaitan
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
6 jam lalu· Isu semasa
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
January 24, 2026· Isu semasa
SPRM buka dua kertas siasatan berhubung isu dana hampir RM300 juta: Laporan
January 24, 2026· Isu semasa
PM gesa tolak amalan kartel, lindungi kepentingan rakyat
January 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
6 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
6 jam lalu · Isu semasa
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Akses lebih adil kepada pelajar pelbagai aliran masuk ke universiti awam: Loke
January 24, 2026 · Isu semasa
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok