Ahli Parlimen DAP bidas MCA ‘seakan’ cemburu lawatan ke pejabat UMNO

August 3, 2025 · Politik

MCA tidak perlu cemburu dan terasa hati dengan lawatan pemimpin DAP ke ibu pejabat UMNO pada minggu lepas, kata Chong Zhemin.

Ahli Parlimen DAP Kampar itu membidas tindakan pemimpin MCA yang mempersoalkan lawatan 30 ahli DAP ke ibu pejabat UMNO atas jemputan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, lawatan bertujuan mendapatkan penerangan mengenai pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) itu tidak wajar disensasikan dan dilihat dari sudut kepartian sempit.

Jelas beliau, lawatan itu merupakan sebahagian daripada penyelarasan pentadbiran biasa dalam Kerajaan Perpaduan untuk memperkukuh penyelarasan dasar mengenai TVET, menambah baik peruntukan sumber dan menggalakkan kerjasama antara kementerian.

“Memandangkan MCA kini memilih untuk mengambil peranan sebagai `parti pembangkang’ dalam Kerajaan Perpaduan dan berterusan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, lebih baik mereka menjemput pemimpin Pas ke TAR UMT untuk berdialog mengenai dasar TVET.

“Malah, adalah lebih dua Ahli Parlimen MCA yang masih ada membuat kunjungan hormat ke ibu pejabat Pas.

“Itu lebih mencerminkan pendirian politik mereka ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin MCA mengkritik kunjungan DAP ke ibu pejabat UMNO yang seolah-olah menunjukkan kesetiaan parti itu terhadap pemimpin UMNO yang sebelum ini dikritik hebat kononnya terlibat dalam salah guna kuasa.

Antara pemimpin DAP yang hadir termasuk Setiausaha Agung, Anthony Loke Siew Fook; Penasihat DAP, Lim Guan Eng dan Naib Pengerusi DAP, Chong Chieng Jen.

Sementara itu, Zhemin menempelak MCA yang disifatkan tidak lagi relevan dalam politik Malaysia memandangkan tiada lagi pengaruh, kelebihan kerusi serta kepimpinan dasar.

Sebaliknnya, dakwa beliau, MCA kini terus bergantung kepada provokasi remeh untuk kekal relevan.

“Kesediaan DAP untuk bekerjasama dengan UMNO, PKR, Amanah dan komponen lain dalam Kerajaan Perpaduan adalah berdasarkan keprihatinan yang pragmatik dan komitmen terhadap pembangunan negara.

“Politik adalah tentang tanggungjawab dan kemajuan, ia memerlukan keberanian untuk mengutamakan kepentingan negara, walaupun terpaksa melangkaui permusuhan lama,” katanya.

Berita berkaitan
Aminuddin dakwa pengkhianatan punca PRN Negeri Sembilan diadakan
6 jam lalu· Politik
Kerajaan Pulau Pinang sokong PRU-16 tidak diawalkan, fokus isu ekonomi negara
15 jam lalu· Politik
AMK persoal sejauh mana komitmen UMNO bersama Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu· Politik
UMNO Negeri Sembilan mahu tanding semua kerusi DUN secara solo: Jalaluddin
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar pilih kerjasama daripada pertembungan politik dalam PRN
6 jam lalu · Politik
Pemuda PAS Bangi lulus usul putus hubungan dengan Bersatu
14 jam lalu · Politik
Kongres PKR ditunda ke Ogos, Saifuddin dan Dr Zaliha dilantik Naib Presiden
14 jam lalu · Politik
Anwar pejuang reformasi sebenar: AMK Johor
15 jam lalu · Politik
Gerakan dakwa PAS bertindak sendiri cadang tubuh PN+, tiada perbincangan
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok