Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?

June 23, 2026 · Politik

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik, menyatakan kesediaannya untuk menyertai debat terbuka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Langkah Maszlee menerima cabaran debat itu mengundang perhatian terhadap sama ada Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, akan menyahut cadangan tersebut.

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, beliau menerima pelawaan berkenaan atas dasar menghormati amalan demokrasi dan percaya platform debat mampu menjadi medium untuk meningkatkan kematangan politik rakyat.

“Dengan segala rasa rendah diri dan hormat, serta berpijak di atas latar dan prinsip demokrasi, saya menerima pelawaan atau cabaran ini.

“Insya-Allah kita bersama-sama menjadikan ruang debat atau dialog ini sebagai wahana untuk mendidik rakyat dan menjulang budaya politik matang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Cadangan penganjuran “Debat Perdana PRN Johor” mula menjadi tular selepas dikemukakan oleh pempengaruh media sosial, Muhamad Harris Nasril, yang turut memuat naik poster memaparkan imej janaan kecerdasan buatan (AI) memperlihatkan pertembungan antara Maszlee dan Onn Hafiz.

Poster tersebut yang turut memaparkan logo PH dan Barisan Nasional (BN) menimbulkan tanggapan seolah-olah ia merupakan acara rasmi yang sedang dirancang.

Maszlee dalam nada berseloroh turut mengucapkan terima kasih kepada Harris kerana menghasilkan poster berkenaan yang menurutnya “memberikan lebih banyak rambut” kepadanya.

Bagaimanapun, Harris menjelaskan tiada sebarang cabaran rasmi daripada Onn Hafiz seperti yang disangka sesetengah pihak.

Sebaliknya, beliau berkata idea tersebut sekadar cadangan yang dikongsikan di media sosial dengan harapan ada pihak tampil menjadi penganjur.

“Tiada penganjur. Saya hanya membangkitkan idea bahawa mereka berdua patut berdebat. Saya sendiri tidak menyangka Maszlee akan menyahutnya,” katanya.

Cadangan debat itu muncul ketika suhu politik Johor semakin meningkat menjelang PRN yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai depan.

Semalam, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim mengumumkan kesemua 56 calon gabungan itu yang terdiri daripada 20 calon PKR, 19 calon Amanah dan 17 calon DAP.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai sebelum hari pengundian pada 11 Julai.

Berita berkaitan
PRN Johor: Debat Maszlee dan Onn Hafiz, biar pengundi nilai siapa layak jadi MB?
7 jam lalu· Politik
Tun Faisal gesa Samsuri lapor polis isu dua kenyataan media berbeza di FB
7 jam lalu· Politik
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
11 jam lalu· Politik
Kerjasama dengan Putrajaya kunci kemajuan Johor: Anwar
19 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
June 23, 2026 · Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
June 23, 2026 · Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
7 jam lalu · Politik
Bukan nama Wawasan, sebaliknya PN sahkan kemasukan PCM dan Pejuang
19 jam lalu · Politik
Johor terima lebih banyak peruntukan di bawah Kerajaan Madani: Saifuddin
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok