AI hanya alat, bukan pengganti pengkarya: Fahmi

March 10, 2026 · Isu semasa

Kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu membantu memperkukuh proses kreatif dalam industri seni seperti muzik dan perfileman, namun teknologi itu tidak akan menggantikan peranan pengkarya, kata Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi berkata idea dan sentuhan manusia masih menjadi asas kepada setiap karya kreatif, sekali gus memastikan industri berkenaan terus berkembang secara relevan walaupun teknologi semakin maju.

“Bagi saya, the creative act is still a human act (hasil kreatif masih daripada hasil buatan tangan manusia). Itu perkara penting bukan sahaja untuk masa depan industri muzik tetapi juga perfileman,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kasih Ramadan dan Iftar Kementerian Komunikasi di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak.

Menurutnya, teknologi AI kini sudah digunakan dalam proses tertentu dalam pembikinan filem, termasuk bagi menghasilkan ‘mood board’ atau gambaran awal konsep sesebuah produksi.

Namun, beliau menegaskan AI hanya berfungsi sebagai alat sokongan kepada pembikin filem.

“AI tidak boleh mengganti pembikin filem, sebaliknya ia boleh membantu dalam proses kreatif,” katanya.

Mengulas mengenai industri muzik pula, Fahmi berkata lebih banyak perbincangan perlu diadakan dengan badan berkaitan seperti Music Authors’ Copyright Protection Berhad, Recording Performers Malaysia dan Public Performance Malaysia bagi memastikan penggunaan AI tidak menjejaskan hak serta kepentingan pengkarya.

“Perbincangan ini penting supaya kita dapat tentukan batas penggunaan AI yang boleh diterima oleh pengkarya, penulis lirik dan semua yang terlibat dalam industri muzik,” katanya.

Beliau menambah, teknologi itu tidak akan menggantikan artis, sebaliknya mereka yang bijak memanfaatkan AI berpotensi lebih ke hadapan.

“Saya percaya AI tidak akan menggantikan artis, tetapi yang akan menggantikan artis ialah artis yang pandai menggunakan AI,” katanya.

Dalam usaha memperluas penggunaan teknologi tersebut, kementerian juga meminta IPPTAR memperkukuh latihan berkaitan AI kepada pegawai agensi dan jabatan di bawahnya.

Institut itu merupakan antara institusi awal yang memperkenalkan modul latihan AI bagi meningkatkan kemahiran penjawat awam.

Terdahulu, Fahmi turut merasmikan sambutan Jubli Zamrud 55 tahun IPPTAR yang ditubuhkan pada 1971.

Pada majlis sama, beliau menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada beberapa pengamal media yang berdepan masalah kesihatan dan kesulitan hidup sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Inisiatif kebajikan itu diperkenalkan pada 2023 sempena sambutan Hari Wartawan Nasional bagi membantu serta menghargai sumbangan komuniti media di negara ini.

Sehingga kini, ratusan pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat daripada tabung berkenaan.

Berita berkaitan
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
5 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
4 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
9 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
9 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
9 jam lalu · Isu semasa
DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta
August 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok