Akmal bengang dengan Rafizi persoal keputusan DNAA melibatkan Najib

June 20, 2025 · Politik

Dr. Muhamad Akmal Saleh kurang senang dengan bekas menteri, Rafizi Ramli ekoran kenyataannya mempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Najib Razak hari ini daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata perbicaraan kes itu tidak berjalan selama enam tahun dengan dokumen berkaitan kes tersebut tidak diperoleh sehingga ke hari ini.

Sehubungan itu, tambahnya, pendakwaan ke atas Najib itu mungkin satu pertuduhan yang bersifat dendam semata-mata terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan yang dianiaya selama ini.

“Sama juga dengan kes lembu NFC dulu yang Rafizi canangkan satu Malaysia dahulu yang mana mahkamah putuskan tidak bersalah setelah beberapa tahun lamanya.

“Akhirnya rakyat boleh menilai siapa yang dizalimi dan siapa yang membohong selama ini,” katanya di akaun Facebooknya.

Kenyataan Akmal itu bagi menjawab persoalan yang dikemukakan bekas Rafizi berkenaan mengapa pihak pendakwa raya masih gagal menyediakan bukti dalam kes SRC International Sdn Bhd melibatkan Najib.

Terdahulu, Rafizi dalam kenyataan melahirkan rasa hairan dan kecewa terhadap kelewatan pendakwa raya yang masih gagal menyediakan dokumen penting bagi meneruskan perbicaraan kes pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta melibatkan Najib tersebut.

Menurut Rafizi, beliau benar-benar tidak faham mengapa pihak pendakwa raya mengambil masa selama enam tahun sejak 2019 untuk menyiapkan dokumen-dokumen penting yang diperlukan bagi memulakan perbicaraan.

Kenyataan Rafizi itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Najib untuk dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan berkaitan dana SRC kerana pihak pendakwa belum bersedia memulakan perbicaraan.

Berita berkaitan
Zizie Izette bebas tuduhan rasuah RM2.8 juta
July 20, 2026· Isu semasa
Aset 1MDB bernilai USD1.37 bilion berjaya dibawa pulang
July 19, 2026· Isu semasa
Nasib Zizie Izette dalam kes rasuah RM2.8 juta diputuskan esok
July 19, 2026· Isu semasa
Sofia Rini berdepan tuduhan fitnah Farhash, kes disebut semula Ogos ini
July 15, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Perceraian kedua UMNO-PAS hanya soal masa? Wawasan sedang bina naratif Hamzah calon PM
2 jam lalu · Politik
Cadang Hamzah jadi PM: UMNO pasti lebih berhati-hati, tidak mahu ditelan buat kali kedua
2 jam lalu · Politik
Muhyiddin: Bersatu pengasas PN, tiada siapa boleh paksa keluar
3 jam lalu · Politik
Muhyiddin tolak khabar angin Bersatu mahu kembali bersama PH
3 jam lalu · Politik
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
12 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
July 27, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok