Dr Muhamad Akmal Saleh.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh membayangkan kemungkinan untuk mengundur diri susulan penolakan kepimpinan parti terhadap gesaannya agar keluar daripada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Akmal meluahkan rasa kecewa sambil menegaskan telah berusaha sedaya upaya menyampaikan pandangan sayap pemuda.
“Kita dah usaha sehabis baik, kita dah sampaikan sehabis baik. Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penyokong yang terus mempertahankan perjuangan Pemuda UMNO.
“Terima kasih atas suara-suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini. Saya percaya jika niat kita baik demi agama, bangsa dan tanah air, insya-Allah waktunya akan sampai jua,” tambahnya.
Perkembangan itu hadir selepas Pemuda UMNO mengadakan konvensyen khas pada Sabtu lalu, yang menyaksikan Akmal secara terbuka menggesa parti tersebut keluar daripada kerajaan dan mengambil posisi sebagai pembangkang bersama PAS.
Difahamkan, pendirian itu turut dibawa ke mesyuarat biro politik UMNO pada malam Isnin.
Bagaimanapun, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan mesyuarat berkenaan tidak membuat sebarang keputusan berkaitan agenda Pemuda UMNO.
Beliau menegaskan UMNO dan Barisan Nasional akan kekal bersama kerajaan Madani sehingga tamat penggal.
“UMNO tidak seharusnya dipatuk ular yang sama buat kali kedua,” katanya, merujuk kepada kerjasama lampau dengan PAS.
UmNO dan PAS pernah bergabung di bawah Muafakat Nasional dari 2018 hingga 2020, namun kerjasama itu berakhir apabila PAS memilih menyertai Perikatan Nasional bersama Bersatu.
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan