Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan

April 30, 2026 · Politik

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menggesa tindakan tegas oleh kerajaan dengan memecat Menteri Luar, Mohamad Hasan susulan dakwaan penglibatannya dalam gerakan yang boleh menjejaskan kestabilan kerajaan.

Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Malaysia, Kusaaliny Mahendran berkata, langkah segera perlu diambil bagi mempertahankan integriti pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“Kami mendesak Perdana Menteri untuk segera memecat Mohamad Hasan daripada jawatan Kabinet. Tiada ruang untuk ‘musuh dalam selimut’ dalam pentadbiran negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, tindakan Mohamad yang didakwa menyokong usaha menjatuhkan kerajaan Negeri Sembilan baru-baru ini disifatkan sebagai bertentangan dengan semangat tanggungjawab kolektif dalam kerajaan.

Kusaaliny turut mengaitkan kemelut politik di negeri itu dengan pergolakan dalaman UMNO.

“UMNO kini dilihat cuba merungkai masalah yang berpunca daripada percaturan sendiri. Apa sebenarnya yang mahu diselesaikan? Adakah ini sekadar alasan untuk menuntut semula jawatan yang hilang?” soalnya.

Beliau menambah, polemik berterusan itu menimbulkan persoalan sama ada parti berkenaan masih mengutamakan kepentingan rakyat atau sekadar perebutan kuasa dalaman.

Isu di Negeri Sembilan tercetus apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dilaporkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Aminudin Harun. Perkembangan itu mencetuskan ketegangan dalam kalangan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan parti itu tetap menyokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas pilihan raya umum lalu menghimpunkan beberapa parti utama bagi memastikan kestabilan politik negara.

Namun, episod terbaharu ini mencerminkan cabaran dalaman yang masih membelenggu gabungan tersebut.

DAPSY menegaskan pihaknya akan terus menekan kepimpinan kerajaan supaya tidak berkompromi terhadap sebarang tindakan yang boleh menggugat kepercayaan rakyat.

“Rakyat mahukan kestabilan, bukan polemik kuasa yang berpanjangan,” kata Kusaaliny lagi.

Berita berkaitan
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
April 30, 2026· Politik
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
17 jam lalu· Politik
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
17 jam lalu· Politik
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
20 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
21 jam lalu · Politik
Kamil nafi beri layanan seperti ‘lembu’ didakwa Akmal
21 jam lalu · Politik
UMNO Negeri Sembilan minta sidang DUN disegerakan
21 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: Tony Pua dakwa UMNO main ‘tebuk atap’ dan tamak
21 jam lalu · Politik
Wanita PKR bidas tindakan 14 ADUN UMNO cetus krisis di Negeri Sembilan
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok