Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh membidas pemimpin DAP, Syahredzan yang mengkritik MCA supaya dikeluarkan daripada kerajaan.
Ahli Parlimen DAP, Syahredzan Johan dicabar untuk membuat usul supaya Barisan Nasional (BN) dikeluarkan daripada kerajaan.
Cabaran dibuat Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh terhadap Syahredzan yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP ekoran kritikan terhadap parti komponen, MCA yang didakwa sering menyerang kerajaan dengan fakta salah dan separuh masak.
“Maka jika mahu `nyah’ seorang dari keluarga kami, maka saya cabar YB Bangi (Syahredzan) untuk buat usul kepada kerajaan perpaduan untuk keluarkan BN semua sekali dari kerajaan ini!!!
“Bila kena tegur, meroyan tuduh orang sana sini.
“Jawab pon dengan angkuh.
“Saya tunggu YB Bangi berani atau tidak sahut cabaran saya tu…” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.
Menurut Akmal, BN menyertai Kerajaan Perpaduan dalam sebuah pasukan yang mana MCA merupakan sebahagian daripadanya.
Terdahulu, Syahredzan menyifatkan adalah lebih baik untuk MCA keluar sahaja daripada kerajaan berikutan tindak-tanduk pemimpinnya khususnya Presiden, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang berterusan menyerang Kerajaan Madani dengan fakta yang salah dan separuh masak.
Terbaharu, ujarnya, berkenaan pertikaian peraturan pemansuhan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang mana dibuat ketika pentadbiran kerajaan terdahulu yang mana Ka Siong merupakan salah seorang menteri dalam Kabinet itu.
Menurut Syahredzan, beliau tidak pernah menyatakan pandangan berhubung tindakan MCA yang bertali arus menyerang kerajaan, meskipun kononnya berada dalam blok kerajaan.
Bagaimanapun, tegasnya, beliau terpaksa mengulas kali ini selepas pemimpin MCA terus membangkitkan pelbagai isu seperti penjualan saham Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); MyKiosk dan terbaharu berkenaan isu tong gas LPG.
“Kalau asyik menyerang Kerajaan MADANI dengan ‘half-truths’ dan fakta yang salah, sudah terang lagi bersuluh MCA tidak ikhlas bersama dengan Kerajaan ini.
“Ada baiknya mereka nyah sahaja dari kerajaan ini,” kata Syahredzan menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
SPR keluar peringatan menjelang penamaan calon PRN Johor
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar