Akmal cadang UMNO bertanding solo di semua negeri seperti Johor

May 20, 2026 · Politik

Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa parti itu menamatkan kerjasama politik dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH), selain mahu keputusan UMNO Johor untuk bergerak solo diperluaskan ke seluruh negara menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurut Ketua Pemuda UMNO itu, beberapa isu mutakhir membuktikan kerjasama dengan PH semakin sukar dipertahankan, termasuk kontroversi membabitkan sensitiviti agama dan institusi diraja.

“Cukuplah kita nak bekerjasama dengan mereka ini. Kalau titah Sultan pun sanggup diperlekehkan kerana isu babi, apa lagi perkara lain,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Akmal turut menegaskan keputusan UMNO Johor yang sebelum ini menyatakan pendirian mahu bertanding tanpa bergantung kepada PH perlu dijadikan pendekatan nasional parti.

“Keputusan di Johor wajib dilaksanakan ke semua negeri,” katanya lagi.

Kenyataan itu hadir ketika hubungan antara UMNO dan DAP kembali menjadi perhatian susulan beberapa isu sensitif yang mencetuskan reaksi akar umbi Melayu.

Di Selangor, polemik melibatkan isu penjualan arak, premis perjudian dan penternakan babi sering menjadi bahan kritikan pemimpin UMNO terhadap pentadbiran negeri yang diterajui PH sejak beberapa penggal lalu.

Pada masa sama, UMNO Johor dilihat antara negeri paling konsisten menolak kerjasama terlalu rapat dengan DAP.

Sentimen itu diperkukuh selepas kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022 yang dianggap hasil kekuatan jenama UMNO dan BN tanpa pergantungan kepada PH.

Beberapa pemimpin akar umbi parti juga dilaporkan mula menyuarakan kebimbangan kerjasama sedia ada boleh menjejaskan sokongan tradisi Melayu terhadap UMNO, terutama menjelang PRU akan datang.

Setakat ini, kepimpinan tertinggi UMNO dan BN masih mempertahankan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan atas alasan kestabilan politik dan ekonomi negara.

Berita berkaitan
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
9 jam lalu· Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
13 jam lalu· Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
14 jam lalu· Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
9 jam lalu · Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
12 jam lalu · Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
13 jam lalu · Politik
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
14 jam lalu · Politik
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok