Akmal Sindir DAPSY: “Bagi mereka cermin dan kad OKU”

August 6, 2025 · Politik

Dr. Akmal Saleh kembali membidas kritikan terhadap pendirian tegasnya dalam isu pemasangan bendera negara secara terbalik di Port Dickson dengan sindiran pedas terhadap DAPSY.

Melalui hantaran Facebook ringkas hari ini, Ketua Pemuda UMNO memuat naik kenyataan bernada sarkastik: “Tolong bagi mereka ini (DAPSY) cermin dan kad OKU sekali. Malas nak taip panjang-panjang dah, sebab bebal sangat nak faham.”

Kenyataan itu dipercayai membalas teguran Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang semalam mengecam Akmal sebagai “hipokrit” dan “tidak konsisten” dalam menangani insiden bendera terbalik yang melibatkan pekerja Orang Kurang Upaya (OKU).

Edmund Lim dari DAPSY sebelum ini menyifatkan tindakan Akmal sebagai cubaan “menangguk di air keruh” dan menuduhnya sengaja memanaskan isu untuk mencipta perpecahan.

Akmal sebelum ini telah mendesak Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan terhadap pihak sekolah berkenaan, dengan alasan kecuaian dalam pemasangan bendera tidak boleh dipandang ringan walaupun melibatkan pekerja OKU.

“Patriotisme bukan soal siapa yang memasang, tetapi soal penghormatan terhadap simbol negara. Kalau ada kelemahan dalam pengawasan, itu yang perlu diperbetul,” tegas Akmal dalam kenyataan terdahulu.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua di Port Dickson telah memohon maaf secara terbuka atas kejadian tersebut melalui kenyataan rasmi Lembaga Pengelola dan PIBG.

Sementara itu, ADUN Lukut Choo Ken Hwa mengesahkan pekerja terbabit memang seorang OKU, namun menegaskan insiden itu tidak sepatutnya dijadikan bahan permainan politik.

Akmal sebelum ini pernah dikecam kerana bersikap selektif dalam mengkritik kesalahan serupa yang melibatkan pihak tertentu, mencetuskan tuduhan “double standard” daripada pembangkang.

Dengan perkembangan terbaru ini, polemik berkenaan dijangka berlanjutan sehingga ada penyelesaian rasmi daripada pihak berkuasa.

Berita berkaitan
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
13 jam lalu· Isu semasa
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
18 jam lalu· Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
19 jam lalu· Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
19 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
13 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
19 jam lalu · Politik
Rundingan PAS-BN positif tapi belum muktamad
21 jam lalu · Politik
Amanah cadang PH bentuk ‘khemah besar’ hadapi PRU-16, kerjasama dengan Bersatu
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok