Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh membidas wakil DAP, Lim Lip Eng.
Seorang Ahli Parlimen DAP dibidas Dr Akmal Saleh kerana mempersoal fungsi kuasa Yang di-Pertuan Agong berhubung titah adendum terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak.
Ketua Pemuda UMNO itu berkata Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng tidak wajar mempertikai titah Agong berhubung Adendum tahanan rumah kepada Najib dan memainkan sentimen politik semata-mata demi kepentingan sendiri.
“…inilah jadinya jika nak jadi pemimpin malah diangkat menjadi ahli Parlimen tetapi tidak faham perlembagaan atau kamu sengaja buat-buat tidak faham.
“Saya minta DAP untuk buat kelas perlembagaan bagi ahli parlimen ni dan seangkatan dengan dia sebab bengap sangat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, portal berita Malaysiakini melaporkan Lip Eng itu menolak keras cadangan UMNO agar bekas dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan di rumah.
Dalam kenyataannya itu, Lip Eng menegaskan bahawa prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang tidak boleh dikompromi.
Ujarnya lagi, semua sabitan jenayah mesti dihormati dan dilaksanakan tanpa pilih kasih.
Mengulas lanjut, Dr Akmal berkata Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum.
“Kepada YB Lim Lip Eng! Siapa kamu yang mahu menafikan titah Yang di-Pertuan Agong yang memang termaktub di bawah perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, serta perkara 42(2) yang memberikan kuasa untuk meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah,” katanya lagi.
Selain itu Dr Akmal mendesak pihak kerajaan untuk melaksanakan titah adendum yang telah disahkan kewujudannya oleh Istana Pahang dan telah disahkan sendiri kewujudannya oleh kenyataan Peguam Negara pada minggu lalu di mahkamah.
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum