Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengingatkan pemimpin DAP supaya tidak terus mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga mencetuskan kemarahan orang Melayu dan umat Islam.
Akmal membuat gesaan kepada DAP kerana masih berdegil sehingga Sultan Selangor mengeluarkan kenyataan kali kedua yang menunjukkan mereka gagal memahami soal adab dan penghormatan terhadap institusi diraja.
“Apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sampai perlu mengeluarkan kenyataan media untuk kali kedua, itu bermakna ada pihak yang masih gagal faham bahasa adab, bahasa undang-undang dan bahasa hormat kepada institusi Raja,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan titah Sultan bukan perkara yang boleh dipolitikkan demi kepentingan tertentu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat, negeri serta keharmonian masyarakat.
“Kalau sudah jelas Tuanku tidak berkenan, berhentilah berdalih. Jangan kerana mahu menjaga kepentingan politik sempit, institusi Raja pula mahu dicabar secara terbuka,” katanya.
Kontroversi itu tercetus susulan perbahasan berhubung cadangan penternakan babi di atas tanah milik kerajaan di Selangor yang sebelum ini mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk istana Selangor.
Sultan Sharafuddin dilaporkan menzahirkan kebimbangan terhadap isu berkenaan, termasuk kesannya kepada alam sekitar, sumber tanah yang terhad dan kepentingan ekonomi negeri.
Akmal berkata, pemimpin yang bertanggungjawab sepatutnya memahami kebimbangan rakyat dan menghormati titah Sultan, bukannya terus mencetuskan polemik.
“Jangan sempitkan isu ini kepada sentimen kaum atau agama semata-mata. Tuanku telah menyebut dengan jelas tentang alam sekitar, kos, sumber tanah terhad dan kepentingan ekonomi negeri. Itu semua hujah rasional, bukan emosi,” katanya.
Beliau turut mengingatkan politik mempunyai batas dan semua pihak perlu menjaga adab dalam negeri yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.
“Saya ingin ingatkan pemimpin-pemimpin DAP yang masih berdegil, jangan uji kesabaran rakyat Melayu dan umat Islam dalam hal yang menyentuh titah Sultan. Politik ada batasnya dan adab kepada Raja jangan sesekali dilanggar,” katanya.
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi