Akses Grok disekat sementara demi lindungi pengguna: Fahmi

January 22, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengambil tindakan menyekat sementara akses kepada perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) Grok di Malaysia bermula 11 Januari 2026 sebagai langkah segera melindungi pengguna, khususnya kanak-kanak dan golongan rentan, daripada kandungan berbahaya di media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tindakan itu dibuat selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesan kegagalan pihak pengendali platform mengambil langkah pencegahan berkesan walaupun notis rasmi telah dikeluarkan lebih awal.

“MCMC telah mengeluarkan notis pada 3 dan 8 Januari kepada X Corp dan xAI LLC berhubung kandungan Grok yang dilaporkan memudaratkan.

“Namun, apabila tiada tindakan memuaskan diambil, sekatan sementara terpaksa dilaksanakan sebagai mitigasi risiko segera,” katanya di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, sekatan itu melibatkan akses ke aplikasi Grok melalui laman web dan aplikasi mudah alih, sementara MCMC terus memantau pematuhan penyedia perkhidmatan internet serta keberkesanan kawalan kandungan oleh platform terlibat.

Setakat ini, MCMC merekodkan 17 aduan berkaitan Grok, termasuk enam aduan rasmi, dua laporan polis, lapan aduan melalui media sosial serta satu laporan awal yang dibuka oleh MCMC sendiri.

Aduan tersebut mencetuskan kebimbangan awam terhadap potensi penyalahgunaan AI, khususnya dalam penghasilan kandungan lucah dan tidak bermoral.

Pada 21 Januari, Fahmi mempengerusikan mesyuarat bersama wakil platform X bagi mendapatkan penjelasan dan komitmen mereka.

Hasil pertemuan itu, wakil platform mengesahkan bahawa langkah keselamatan baharu telah dilaksanakan.

“Buat masa ini, Grok tidak lagi boleh disalahgunakan untuk menghasilkan atau menyunting imej dan video berunsur lucah, sumbang atau seksual. Mereka juga beri komitmen penuh untuk patuh kepada undang-undang Malaysia,” katanya.

Beliau menegaskan, pengesahan rasmi masih diperlukan supaya MCMC dapat menilai keberkesanan langkah tersebut sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

Bagi langkah jangka panjang, kerajaan akan memperkukuh tadbir urus AI melalui pematuhan undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.

Pendekatan ini, katanya, selari dengan amalan antarabangsa dan prinsip kesopanan masyarakat, selain memastikan ruang digital kekal selamat untuk semua.

Berita berkaitan
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu· Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu· Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu· Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
18 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
18 jam lalu · Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
21 jam lalu · Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
9 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok