Akta Majlis Media berkuat kuasa hari ini, raikan pengamal media

June 14, 2025 · Isu semasa

Akta Majlis Media Malaysia (MMM) mula berkuat kuasa hari ini, demikian diumumkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata beliau telah menandatangani warta bagi menguatkuasakan akta berkenaan sekali gus menjadi satu reformasi besar buat pengamal media.

“Akta Majlis Media Malaysia mula berkuat kuasa 14 Jun 2025 bersempena dengan Hari Wartawan Nasional (HAWANA).

“Kita pilih secara simbolik untuk mewartakan dan menguatkuasakan Akta Majlis Media Malaysia sempena HAWANA 2025,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Kemuncak HAWANA 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Bertemakan “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika”, majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025 bersama barisan pengurusan tertinggi syarikat-syarikat media negara.

Selain itu, Fahmi berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan 12 anggota Lembaga Pengasas MMM dalam masa terdekat bagi membantu proses membangunkan majlis berkenaan.

“Saya berharap MMM akan menjadi satu wacana yang bermakna dan akan terus beroperasi tidak kira siapa yang menjadi kerajaan nanti,” katanya.

Terdahulu, Fahmi dalam ucapannya berkata bahawa Lembaga Pengasas MMM dianggotai 12 orang yang terdiri daripada empat wakil bagi setiap kategori, iaitu kategori syarikat media, kategori persatuan media, pengamal media dan pengamal media bebas serta kategori ahli bukan media.

Sambutan HAWANA 2025 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan Bernama selaku agensi pelaksana, bertujuan mengiktiraf peranan dan sumbangan pengamal media dalam pembangunan negara.

Tarikh 29 Mei telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional bersempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium dalam membentuk minda masyarakat bermaklumat. – Bernama

Berita berkaitan
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
5 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
4 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
9 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
10 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
10 jam lalu · Isu semasa
DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta
August 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok