Aktivis politik media sosial sudah bayar kompaun RM10,000: MCMC

July 9, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima bayaran kompaun RM10,000 daripada Mohamad Shafiq Abdul Halim.

Aktivis politik media sosial itu yang dikenakan tindakan penguatkuasaan atas kesalahan memuat naik kandungan jelik dan melampau menyentuh sentimen kaum serta agama melalui aplikasi TikTok pada 31 Mac lalu dan dikompaun atas kesalahan dilakukannya.

Menurut MCMC, tindakan penguatkuasaan terhadap Mohamad Shafiq diambil hasil siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), serta selepas memperoleh kebenaran pengkompaunan daripada Jabatan Peguam Negara.

“MCMC memandang serius penyalahgunaan platform digital bagi menyebarkan kandungan berunsur perkauman, keagamaan ekstrem atau yang menyentuh institusi negara.

“Pengguna media sosial diingatkan sentiasa beretika, berhemah dan bertanggungjawab dalam setiap kandungan yang dimuat naik atau dikongsi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MCMC turut menegaskan komitmennya untuk memastikan ruang siber negara kekal selamat, terkawal dan kondusif, seiring usaha memperkukuhkan perpaduan serta keharmonian masyarakat di Malaysia.

Berita berkaitan
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
21 jam lalu· Isu semasa
Lebih 1,500 warga Papar sertai kempen Internet Selamat
August 22, 2026· Isu semasa
Ancaman scam makin membimbangkan, 5,944 laporan dalam empat bulan: Nie Ching
August 22, 2026· Isu semasa
MCMC buru dalang vandalisme, curi aset telekomunikasi di Sabah hingga rugi RM17.3 juta
August 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
16 jam lalu · Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
16 jam lalu · Isu semasa
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
16 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok