Aktivis politik penyokong Najib dan dua rakan dituduh minta suapan RM400,000

October 29, 2025 · Isu semasa

Seorang aktivis politik yang juga penyokong kuat bekas perdana menteri, Najib Razak dan dua rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima suapan daripada pendakwah bebas Ahmad Husam Muhamad Baderudin tahun lalu.

Ketiga-tiga tertuduh, Zamil Ibrahim, 58, Jamal Muhaideen Mohmad Hussin, 41, dan Muhammad Redza Adzmi, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Mereka didakwa secara bersama meminta suapan berjumlah RM400,000 daripada Ahmad Husam.

Wang itu didakwa sebagai dorongan untuk kononnya membantu menyelesaikan siasatan polis membabitkan kes pengubahan wang haram Yayasan Ar-Riyadah.

Perbuatan itu didakwa berlaku di lobi Hotel Purest, Sungai Petani pada 4 November tahun lalu.

Mereka juga menghadapi tuduhan kedua iaitu bersetuju menerima suapan RM20,000 daripada individu sama bagi tujuan yang didakwa sama.

Kesalahan ini didakwa berlaku di perkarangan Masjid Al-Khairiyah Bedong, Kuala Muda pada keesokan harinya.

Kedua-dua pertuduhan itu dibawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid yang mengendalikan pendakwaan memohon jaminan ditetapkan pada RM100,000 bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Aiman Abdul Rahman yang mewakili Zamil dan Jamal Muhaideen membantah jumlah tersebut.

“Permintaan itu adalah terlalu tinggi memandangkan mereka telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sepanjang siasatan dijalankan,” katanya.

Peguam Muhammad Redza, Ganesan Subramaniam turut menyokong bantahan berkenaan.

Hakim N Priscilla kemudian menetapkan jaminan pada RM15,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 26 November ini sebagai tarikh sebutan semula dan serahan dokumen.

Kes ini membabitkan laporan media November lalu mengenai seorang aktivis politik antara tiga lelaki yang ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.

Kesemua tertuduh telah membayar wang jaminan di Kompleks Mahkamah Alor Setar selepas prosiding mahkamah tamat.

Berita berkaitan
AGC teliti dua kertas siasatan libatkan Azam Baki
8 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah benarkan permohonan Najib akses dokumen kes 1MDB
June 5, 2026· Politik
Rayuan Muhyiddin dalam kes fitnah Guan Eng didengar 18 Jun
June 4, 2026· Politik
Azam Baki beri keterangan di Bukit Aman
June 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis gagalkan cubaan seludup dadah RM57 juta di Muar
10 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak negara masih stabil: Amir Hamzah
14 jam lalu · Isu semasa
DNAA Zahid: AG kemuka rayuan cabar permohonan Majlis Peguam
14 jam lalu · Isu semasa
RM50 juta disalur perkasa TVET 2.0: Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Fahmi nafi gambar tular Jemaah Menteri petanda Parlimen akan dibubar
June 5, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok