Albert Tei berdepan empat pertuduhan beri rasuah kepada Shamsul Iskandar

December 4, 2025 · Politik

Seorang ahli perniagaan, Albert Tei, menghadapi empat tuduhan memberi suapan berjumlah RM176,829.03 kepada bekas setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Tuduhan itu dikaitkan dengan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah yang menjadi kontroversi susulan beberapa pendedahan video tular sebelum ini.

Tei, atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing, 37 tahun, mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan yang didakwa dilakukan antara November 2023 dan Mac 2024.

“Faham, saya mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan,” katanya di hadapan Hakim Suzana Hussin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut pertuduhan, suapan tersebut merangkumi wang tunai RM140,000 serta kelengkapan perabot dan barangan elektrik bernilai RM36,829.03.

Barangan itu didakwa diberikan sebagai dorongan untuk membantu syarikat tertuduh mendapat kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Kesalahan tersebut didakwa berlaku di beberapa lokasi termasuk sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin dan di Presint 14, Putrajaya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda berat jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan pada RM50,000 dengan seorang penjamin.

Perbicaraan akan ditetapkan pada tarikh akan datang.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
September 4, 2026· Politik
Hadi: Jangan guna isu rasuah jatuhkan lawan
September 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026 · Politik
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
1 jam lalu · Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
2 jam lalu · Politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
2 jam lalu · Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok