Aminuddin beri jaminan tiada tanah rakyat terlibat dalam Projek Pelabuhan AI

July 28, 2026 · Politik

Kerajaan Negeri Sembilan menafikan dakwaan projek pelabuhan pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) di Port Dickson akan membabitkan pengambilan tanah penduduk, termasuk kawasan kampung, hutan simpan dan tanah adat.

Menteri Besar sementara, Aminuddin Harun berkata, pembangunan pelabuhan itu akan dilaksanakan sepenuhnya di atas tanah milik Tanco Holdings Berhad dan anak syarikatnya, Midports Holdings Sdn. Bhd., tanpa melibatkan pengambilan tanah milik orang ramai.

Menurutnya, dakwaan kononnya projek berkenaan memerlukan kira-kira 566 hektar atau 1,400 ekar tanah sehingga menjejaskan kampung, kawasan pertanian, perindustrian dan lot kediaman adalah tidak tepat.

“Tiada satu kampung pun yang akan kita korbankan untuk menjalankan projek ini. Tidak ada pengambilan tanah dan tidak ada hutan simpan yang akan terkesan di Port Dickson.

“Pembangunan hanya dibuat di atas tanah milik Tanco Holdings Berhad seluas kira-kira 202 hektar atau 500 ekar yang akan dijadikan tapak pelabuhan,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook.

Aminuddin turut menjelaskan, dakwaan projek itu melibatkan tanah adat juga tidak berasas kerana kawasan tanah adat hanya terdapat di Kuala Pilah, Jelebu, Rembau dan Tampin.

Beliau berkata, projek bernilai RM3.4 bilion bagi fasa pertama itu dijangka menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan ekonomi Port Dickson serta membuka peluang untuk kawasan berkenaan berkembang sebagai pusat perniagaan bebas cukai.

Katanya, pembangunan itu juga bakal memberi limpahan manfaat kepada penduduk, khususnya di kawasan Linggi dan Pasir Panjang.

“Saya akan pastikan tanah orang Melayu terus terpelihara dan dijaga dengan baik. Kita tidak mahu masyarakat dikelirukan atau ditakut-takutkan dengan perkara yang tidak benar,” katanya.

Mengulas kebimbangan nelayan yang bergantung kepada Sungai Linggi, Aminuddin memberi jaminan projek berkenaan tidak melibatkan Kampung Tanjung Agas, Kampung Sungai Raya mahupun Sungai Linggi.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan memastikan kebajikan komuniti nelayan terus diberikan perhatian sepanjang pelaksanaan projek itu.

Pada masa sama, beliau menjelaskan kekeliruan yang timbul berkemungkinan berpunca daripada sebuah lagi projek pelabuhan iaitu Kuala Linggi International Port (KLIP) yang terletak di sempadan Negeri Sembilan dan Melaka.

“KLIP berada di bawah pentadbiran Melaka dan bukan sebahagian daripada projek Pelabuhan Midport di Port Dickson,” katanya.

Pada 14 Julai lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika melancarkan projek Pelabuhan Midport berkata pembangunan pelabuhan berteknologi AI itu akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab digital dan maritim serantau.

Menurut beliau, projek tersebut bukan sekadar pembangunan infrastruktur baharu, malah memenuhi keperluan strategik negara sebagai sebuah negara maritim yang berada di laluan perdagangan paling sibuk di dunia di Selat Melaka, sekali gus meningkatkan keupayaan Malaysia memenuhi permintaan perdagangan global yang terus berkembang.

Berita berkaitan
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
2 jam lalu· Politik
PRN NS: Manifesto PH bukan sekadar janji, 30,000 pekerjaan ada asas kukuh
4 jam lalu· Politik
Yew nafi dakwaan beli undi di Chuah, lapor polis supaya siasatan dibuat
4 jam lalu· Politik
Muhyiddin: Bersatu pengasas PN, tiada siapa boleh paksa keluar
18 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
July 29, 2026 · Politik
MN: Bersatu cabar UMNO tarik sokongan Kerajaan Selangor
4 jam lalu · Politik
PRN NS: Kalau berani keluarlah, Manivanan cabar Zaidy
4 jam lalu · Politik
Kabinet setuju RCI Tabung Haji didedah, kerajaan teruskan siasatan
5 jam lalu · Politik
Perceraian kedua UMNO-PAS hanya soal masa? Wawasan sedang bina naratif Hamzah calon PM
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
11 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok