Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja

July 27, 2026 · Isu semasa

Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu yang memuat naik kenyataan menghina institusi diraja di media sosial.

Pengerusinya, Aminuddin Harun berkata kandungan yang tular sejak beberapa hari lalu bukan sahaja bersifat biadab, malah boleh menimbulkan persepsi seolah-olah sesuatu kaum tidak menghormati institusi diraja sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Yang saya nampak…dua, tiga hari ini…beredar di media sosial satu kenyataan yang sangat biadab terhadap Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Ini memberikan satu pandangan yang bagi saya cukup sedih kerana menggambarkan seolah-olah Tuanku boleh diperkotak-katikkan dengan sebuah parti (iaitu) DAP…sedangkan kita sendiri maklum institusi ini adalah satu institusi yang cukup dijaga.

“Saya rasa bukan sahaja orang Melayu menghormati institusi ini malah rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama ataupun keturunan mereka sentiasa menganggap institusi ini adalah satu institusi yang harus dipertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Negeri Sembilan di Seremban, pada Isnin.

Aminuddin berkata, institusi diraja merupakan simbol yang dihormati seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, justeru ia tidak wajar dijadikan bahan polemik atau dikaitkan dengan mana-mana pihak, terutama dalam suasana politik.

Sebelum ini, Istana Negeri Sembilan menasihatkan semua parti yang bertanding supaya tidak mengaitkan institusi diraja ketika berceramah dan berkempen sepanjang Pilihan Raya Negeri Sembilan ke-16 (PRN16).

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Azizi Mohamad Ali turut menegaskan institusi diraja sentiasa menjunjung prinsip berkecuali serta tidak terlibat dengan mana-mana parti atau kegiatan politik.

Menurutnya, institusi diraja merupakan payung perpaduan rakyat yang berperanan memelihara keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan negara, selain perlu dihormati oleh semua pihak.

PH N

Berita berkaitan
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
10 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
23 jam lalu· Politik
NGO desak SPRM, AG jelaskan status siasatan RM1.1 bilion libat Rafizi
October 27, 2026· Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
6 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
7 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
7 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok