Amirudin alu-alukan Zafrul sertai PKR, sedia bekerjasama

May 31, 2025 · Politik

PKR mengalu-alukan kemasukkan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan ia akan memberi nilai tambah kepada parti, kata Amirudin Shari.

Naib Presiden PKR itu berkata Zafrul mempunyai rekod dan latar belakang luas melibatkan pelbagai portfolio kerajaan yang boleh disumbangkan untuk kebaikan rakyat.

“Saya percaya kita boleh bekerjasama dengan lebih erat. Kebetulan saya memang turut bekerjasama erat dengan beliau. Hatta, dalam pentadbiran sebelum ini pun, sewaktu beliau Menteri Kewangan sebagai contoh, ada beberapa pertemuan, ada beberapa urusan yang telah kita jalankan.

“Dan sekarang, selaku Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, dalam bidang aeroangkasa sebagai contoh dan juga dalam bidang semikonduktor sebagai contoh, kita telah mempunyai satu kolaborasi yang jitu dengan Zafrul.

“Jadi, kalau beliau satu parti, saya percaya kerjasama itu akan jauh lebih baik,” katanya dipetik laporan Utusan.

Katanya lagi, beliau secara peribadi tiada sebarang masalah dengan penyertaan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu.

“Saya percaya beberapa persefahaman boleh dicapai. Ataupun mungkin telah dicapai,” katanya.

Zafrul dalam satu kenyataan semalam mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Beliau juga mengesahkan sudah menyatakan hasrat untuk menyertai PKR kepada Presiden, Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
1 jam lalu· Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
1 jam lalu· Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
6 jam lalu· Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
18 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
2 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
2 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
6 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
October 22, 2026 · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
October 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok