AMK Johor sindir Akmal: ‘Berulang kali ugut keluar kerajaan tapi masih belum berlaku’

December 25, 2025 · Politik

Desakan berulang Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh supaya parti itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan terus dipersoalkan apabila tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezudin Puad berkata, UMNO masih kekal dalam Kerajaan Perpaduan walaupun kenyataan “sudah tiba masanya” sering diulang oleh pemimpin berkenaan.

“YB nampak sangat bersungguh mahu UMNO keluar kerajaan. Hampir setiap hari buat kenyataan ‘sudah tiba masanya’, tapi sampai sekarang masih belum berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Faezudin, jika tidak benar-benar berani untuk bertindak, pemimpin terbabit seharusnya menghentikan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian Kerajaan Perpaduan.

“Kalau belum cukup berani, tak perlu buat kenyataan demi kenyataan yang akhirnya hanya mengganggu kestabilan politik,” katanya.

Pada Isnin, Akmal dilaporkan menggesa UMNO menarik sokongan daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan alasan lebih baik menjadi pembangkang yang bermaruah daripada terus ‘dihina’.

Gesaan itu diulangi sekali lagi pada Rabu susulan pandangan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, yang mencadangkan pemimpin UMNO dalam kerajaan mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan mereka.

Faezudin yang juga Ketua PKR Cabang Pulai menegaskan Kerajaan Perpaduan kini sedang memberi tumpuan melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya dalam usaha pemulihan ekonomi dan kebajikan.

Katanya, polemik politik berpanjangan hanya akan mengganggu fokus kerajaan.

Beliau turut menyifatkan desakan supaya UMNO keluar daripada kerajaan bukan pendirian majoriti kepimpinan parti itu.

“Saya lihat hanya beberapa orang sahaja yang lantang menyokong desakan ini. Ramai pemimpin UMNO memilih untuk berdiam diri atau sependapat bahawa menjadi pembangkang adalah satu kerugian,” katanya.

Dalam pada itu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengekalkan hukuman penjara terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak turut mencetuskan reaksi dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO, terutama selepas tindakan seorang pemimpin DAP yang didakwa ‘meraikan’ keputusan berkenaan.

Faezudin menyeru semua pihak menghentikan polemik politik dan kembali memberi keutamaan kepada keperluan rakyat.

“Sudah-sudahlah. Fokus membantu rakyat, itu yang paling penting,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
1 jam lalu· Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
5 jam lalu· Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
5 jam lalu· Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
1 jam lalu · Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
11 jam lalu · Politik
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
12 jam lalu · Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
12 jam lalu · Politik
PAS bakal umum kerjasama dengan Hamzah selepas ‘ceraikan’ Bersatu
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok