Ketua Penerangan AMK Melaka, Hakim Hafizudin mahu berdialog dengan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka mengajak Pemuda UMNO untuk mengadakan dialog terbuka susulan dakwaa beberapa kenyataan yang dibuat dalam satu konvensyen khas baru-baru ini tidak berasaskan fakta.
Ketua Penerangan AMK Melaka, Hakim Hafizudin berkata, konvensyen yang dikendalikan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh merangkap ADUN Merlimau itu didakwa sarat dengan dakwaan yang mengelirukan serta jauh tersasar daripada realiti sebenar.
Menurutnya, banyak isu dibangkitkan dalam program tersebut, namun sebahagian besar kenyataan yang dilontarkan tidak disokong fakta kukuh.
“Banyak yang diperkatakan, tetapi malangnya banyak juga yang menyimpang daripada fakta sebenar,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Sehubungan itu, Hakim secara terbuka mencabar Ketua Penerangan Pemuda UMNO Melaka, Najmi Nordin, untuk bersemuka dalam satu dialog terbuka bagi membolehkan perbahasan dibuat secara matang dan berlandaskan fakta.
“Kalau benar yakin dengan hujah dan naratif yang dibawa, beranilah tampil berdepan secara terbuka,” katanya.
Beliau turut mencadangkan agar platform media seperti Sinar Harian atau Malaysia Gazette menjadi penganjur dialog tersebut supaya perbincangan dapat berlangsung secara profesional, bertanggungjawab dan telus.
Katanya, dialog terbuka lebih bermakna berbanding hanya menyampaikan ucapan berapi-api di hadapan penyokong sendiri.
“Politik anak muda sepatutnya bersifat mendidik dan membuka minda, bukan menakut-nakutkan atau mengelirukan rakyat,” ujarnya.
Menurut Hakim, anak muda di Melaka berhak mendengar pandangan daripada kedua-dua pihak sebelum membuat penilaian sendiri.
Tambahnya lagi, dialog terbuka bukan satu ancaman, sebaliknya peluang untuk menunjukkan kematangan politik.
“Jika benar berada di pihak yang betul, dialog terbuka tak perlu ditakuti,” katanya.
AMK Melaka berharap cabaran tersebut disahut demi mewujudkan budaya politik yang lebih sihat, berfakta dan relevan dengan aspirasi generasi muda masa kini.
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar