AMK Selangor bidas Rafizi isu surat tunjuk sebab, seolah cuba tunjuk dizalimi

February 27, 2026 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengingatkan Rafizi Ramli supaya tidak membina persepsi kononnya beliau dizalimi parti selepas menerima surat tunjuk sebab daripada PKR.

Ketuanya, Muhammad Iman Haziq berkata, surat tersebut bukan satu hukuman, sebaliknya prosedur biasa bagi memberi ruang kepada mana-mana ahli untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Menurutnya, tindakan parti itu selaras dengan prinsip disiplin organisasi yang perlu dipatuhi semua pihak.

“Logiknya mudah. Jika seseorang bekerja di sebuah syarikat dan setiap hari mengkritik majikan secara terbuka sehingga menjejaskan imej organisasi, sudah tentu dia akan dipanggil untuk memberi penjelasan.

“Jadi, tidak perlu wujudkan naratif seolah-olah diri dizalimi hanya kerana parti melaksanakan tanggungjawab mempertahankan disiplin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, walaupun Rafizi berhak menyuarakan pandangan dan kritikan, parti juga mempunyai hak untuk menjaga struktur serta kestabilan dalaman, lebih-lebih lagi apabila kenyataan dibuat secara terbuka menyentuh kepimpinan tertinggi termasuk Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, tindakan berterusan mengkritik parti melalui podcast dan pelbagai platform media memberi gambaran negatif seolah-olah PKR berdepan krisis dalaman yang serius.

“Parti politik bukan pentas bebas tanpa tanggungjawab. Ia ada peraturan dan lembaga disiplin yang perlu dihormati,” ujarnya.

Selain itu, Muhammad Iman juga berkata Rafizi berhak menentukan hala tuju politiknya termasuk sekiranya mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-16 atas tiket lain.

Namun, beliau menegaskan sebarang keputusan wajar dibuat secara tertib.

“Perjuangan ini dibina oleh ribuan ahli di pelbagai peringkat, bukan usaha seorang individu semata-mata. Parti ini lebih besar daripada mana-mana individu,” katanya.

Semalam, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi memaklumkan surat tunjuk sebab itu dikeluarkan susulan kenyataannya berhubung hasrat bertanding pada PRU-16 bukan atas tiket PKR.

Berita berkaitan
Tiada PRU pada masa terdekat, fokus pulihkan negara hadapi krisis global
11 jam lalu· Politik
Rafizi disaran muhasabah diri, henti salahkan pihak lain: PKR Maran
19 jam lalu· Politik
159 berita palsu berhubung krisis tenaga diturunkan MCMC
April 3, 2026· Isu semasa
PKR tak lindung pihak salah guna kuasa: Fahmi
April 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Samsuri gagal umum calon Ketua pembangkang Baharu, minta bersabar pula
11 jam lalu · Politik
PKR Bukit Bintang bidas Rafizi supaya muhasabah diri, henti serang parti
April 3, 2026 · Politik
PN tangguh umum Ketua Pembangkang baharu: Hadi
April 3, 2026 · Politik
7 Mei penentu nasib Najib berhubung bayaran kes saman USD1.3 bilion SRC
April 3, 2026 · Politik
Kritikan terbuka rafizi cetus ketegangan dalam parti: PKR Johor
April 3, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok