AMK tegaskan isu bendera terbalik tidak boleh dipandang ringan

August 9, 2025 · Politik

Muhammad Kamil Abdul Munim menegaskan bahawa sebarang insiden pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik tidak boleh dipandang ringan, sama ada berpunca daripada kecuaian atau niat tersembunyi.

Dalam kenyataan rasminya malam tadi, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata jika terdapat unsur sabotaj atau niat jahat yang mencemar simbol negara tersebut, tindakan tegas perlu dilaksanakan tanpa sebarang kompromi.

“AMK memandang serius isu terbaru berkenaan pengibaran bendera Malaysia secara terbalik yang menjadi tular baru-baru ini. Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan, maruah negara, dan bukti perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia,” tegas Kamil.

Beliau menambah bahawa jika insiden tersebut berpunca daripada kesilapan tidak sengaja, maka usaha memperkukuh pendidikan nilai kenegaraan perlu dipergiatkan bagi meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat.

Insiden terkini melibatkan pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Port Dickson, Negeri Sembilan yang dilakukan oleh pekerja Orang Kurang Upaya (OKU).

Guru besar sekolah tersebut telah memohon maaf secara terbuka dan memberikan penjelasan lengkap kepada umum.

Kamil turut mengingatkan semua pihak, terutamanya pemimpin politik, agar tidak menjadikan isu ini sebagai medan untuk membangkitkan sentimen politik atau provokasi tidak sihat.

“Politik matang bukan tentang siapa paling cepat menuding jari, tetapi siapa paling efisien mencari penyelesaian. Generasi muda hari ini tidak mahu menyaksikan pemimpin mereka hanya pandai beretorik tetapi gagal memberikan jalan penyelesaian praktikal,” ujar Kamil.

Beliau menekankan bahawa pimpinan muda daripada semua parti seharusnya berperanan sebagai agen perpaduan dan mempromosikan perbincangan berhemah, bukannya mencipta perpecahan.

“Kebenaran hanya boleh diperoleh melalui siasatan yang telus dan adil, bukan melalui spekulasi atau tuduhan melulu di media sosial. Jalur Gemilang adalah milik semua rakyat Malaysia yang mencintai tanah air, bukan hak eksklusif mana-mana parti politik,” tegas Kamil.

AMK bertekad untuk terus menjadi suara yang mendamaikan, menyuburkan perbincangan rasional, serta mendidik masyarakat tentang kepentingan mempertahankan maruah Jalur Gemilang sebagai lambang perpaduan dan kedaulatan negara.

“Kita tidak akan mampu mempertahankan Jalur Gemilang di sempadan negara jika kita sendiri merobek semangatnya melalui perbalahan dalaman. Biar bendera kebanggaan kita ini terus berkibar megah hasil daripada semangat perpaduan kita,” kata Kamil.

Beliau menyeru agar tenaga dan perbincangan masyarakat difokuskan kepada isu-isu penting seperti pemulihan ekonomi dan pengukuhan perpaduan nasional, terutamanya ketika negara menghampiri sambutan bulan kemerdekaan.

“AMK menolak sebarang tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan dan menggesa seluruh rakyat Malaysia bersatu memelihara keharmonian negara untuk masa depan yang lebih baik,” katanya lagi.

Berita berkaitan
AMK yakin anak muda nilai berdasarkan prestasi, bukan retorik Rafizi
June 25, 2026· Politik
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
June 24, 2026· Politik
Parti Rafizi terlalu taksub kritik kerajaan, tiada formula bantu rakyat: AMK
June 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
June 27, 2026 · Politik
Bersatu berkempen dengan kekuatan sendiri, tak apa PAS tak mahu bantu: Muhyiddin
June 27, 2026 · Politik
PRN Johor buka tirai, 56 kerusi jadi rebutan
June 27, 2026 · Politik
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
19 jam lalu · Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok