Perdana Menteri Anwar mengulas isu menyentuh kenyataan dikeluarkan terhadap Ahli Parlimen Pagoh Muhyiddin sebelum ini.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih menunggu laporan penuh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum membuat keputusan sama ada perlu memohon maaf kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin.
Beliau menjelaskan telah menyerahkan kepada MCMC untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan kesahihan sumber berhubung kenyataannya di Parlimen baru-baru ini yang didakwa membabitkan Muhyiddin.
“Kita akan lihat kepada laporan MCMC. Dia (Muhyiddin) pun kena minta maaf banyak tuduhan dan fitnah dilempar.
“(Dengan berkata) Kerajaan zalim tak bagi peruntukan kepada Kelantan, beratus (tuduhan) yang disebut di Parlimen dan di luar Parlimen,” katanya dipetik laporan media selepas merasmikan Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Isu bermula awal Ogos lalu apabila Anwar mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa beliau menerima laporan mengenai adanya ahli parlimen pembangkang yang mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95 dan mengaitkannya dengan Muhyiddin.
Muhyiddin menafikan tuduhan tersebut melalui media sosial dan menuntut permohonan maaf terbuka daripada Anwar dan mahu membawa usul khas ke Dewan Rakyat untuk merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekiranya permintaan maaf tidak dipenuhi.
Anwar sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk memohon maaf sekiranya terbukti kenyataannya tidak berasas.
Beliau menjelaskan bahawa kenyataan asal itu dibuat berdasarkan tiga sumber maklumat yang diterimanya, tetapi kini menyerahkan siasatan kepada MCMC untuk pengesahan.
Pada 6 Ogos lalu, Perdana Menteri telah mengarahkan MCMC menyiasat penafian Muhyiddin bagi mengesahkan kesahihan maklumat berkenaan. Siasatan ini dijangka menentukan langkah seterusnya dalam penyelesaian pertikaian antara kedua-dua pemimpin ini.
Isu ini mencetuskan debat hangat mengenai etika dalam komunikasi politik dan tanggungjawab pemimpin dalam mengesahkan maklumat sebelum membuat sebarang kenyataan awam, terutamanya yang melibatkan institusi Parlimen.
ADUN Kuah bidas Wan Fayhsal sebagai ‘kacang lupakan kulit’, tiada kredibiliti
PAS mahu jaga keharmonian, tak terima kemasukan Wan Fayhsal
AMK Selangor desak tindakan tegas terhadap Papagomo hina PMX
Isu arak di sekolah, Pemuda UMNO petik insiden menteri kaki mabuk
Isu sajian arak MAS: Ulama PAS bidas sindiran MP DAP sebagai menghina Islam
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa