Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali juga sebagai Papagomo.
Aktivis politik, Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai Papagomo, dibebaskan pada petang ini selepas hanya ditahan reman selama satu hari berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.
Pempengaruh itu dibebaskan kira-kira pukul 2 petang selepas Mahkamah Majistret yang bersidang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini menolak permohonan polis untuk mereman selama empat hari.
Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, ketika dihubungi mengesahkan keputusan reman tersebut.
“Polis memohon tahanan reman selama empat hari, namun mahkamah menolaknya dan hanya membenarkan dia direman sehari,” jelas beliau.
Beliau seterusnya mengemukakan hujah yang berjaya meyakinkan mahkamah untuk tidak menyambung tempoh reman anak guamnya itu.
“Saya hujahkan isu yang dibangkitkan adalah berkaitan politik dan tidak melibatkan mana-mana pihak, jadi tiada keperluan anak guam saya ditahan sehingga empat hari,” jelasnya lagi.
Papagomo yang menggunakan nama akaun Facebook @Sir Azri,ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan.
Beliau disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang melibatkan kesalahan menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam.
Ini bukan kali pertama Papagomo berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Pada 30 April 2024, beliau pernah ditahan polis selepas didakwa mengeluarkan kenyataan hasutan terhadap Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong dalam satu video yang tular.
Selain itu, pada 27 Ogos 2025, beliau telah dijatuhi hukuman 30 hari penjara oleh Mahkamah Tinggi kerana menghina dan mengabaikan injunksi mahkamah berkaitan kes saman fitnah yang difailkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Razarudin Husain.
Zahid harap MIC terus bersama BN, tapi…
Amanah mahu agihan kerusi lebih adil di Melaka, Johor: Khalid Samad
Tun Faisal tepis dakwaan Bersatu campur tangan politik dalam isu dalaman PAS
Fokus tadbir Perlis, jangan pendek umur politik: Fadhli
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong