Anwar arah tindakan tegas terhadap penghasut kebencian, termasuk isu buli Zara

August 15, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan agensi penguatkuasaan undang-undang supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan hasutan dan kebencian, termasuk isu berkaitan kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir di Sabah akibat dibuli.

Dalam ucapannya pada perhimpunan penjawat awam di sini, Anwar menegaskan isu-isu sensitif seperti kematian Zara dan kesilapan memaparkan Jalur Gemilang telah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk mencipta perpecahan dan sentimen politik tanpa asas kebenaran.

“Kita lihat bagaimana isu tragis kematian Zara akibat buli dijadikan alat untuk memecahbelahkan rakyat. Begitu juga dengan kesilapan teknikal dalam paparan bendera. Ini semua sengaja dibesar-besarkan untuk agenda politik,” tegas Anwar.

Beliau mengingatkan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasi isu sensitif untuk menimbulkan ketegangan kaum dan agama.

“Oleh itu, hari ini bukan sekadar amaran atau teguran. Hari ini saya menegaskan bahawa untuk menyelamatkan negara ini, tindakan tegas mesti dan wajib diambil.

“Jika ada pegawai yang tidak bersedia melaksanakan tanggungjawab ini, beritahu saya supaya kita boleh lantik orang yang lebih berprinsip dan berani bertindak,” tegas Anwar.

Kematian Zara Qairina, 13, yang didakwa menjadi mangsa buli di sekolahnya di Sabah telah mengejutkan negara dan mencetuskan perdebatan luas tentang isu buli dalam kalangan pelajar.

Kes tersebut sedang disiasat oleh pihak berkuasa, sementara Kementerian Pendidikan turut mengkaji semula mekanisme pencegahan buli di sekolah-sekolah seluruh negara.

Anwar menekankan bahawa isu seperti ini tidak sepatutnya dipolitikkan, sebaliknya perlu ditangani dengan pendekatan yang lebih prihatin dan profesional.

“Kita perlu bersatu dalam menangani isu buli ini, bukan menjadikannya bahan untuk memecahbelahkan rakyat. Mangsa dan keluarga mereka memerlukan sokongan, bukan provokasi,” katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak agar lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat, terutamanya di media sosial, dan tidak mudah terpengaruh dengan naratif yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Beliau berharap arahan untuk bertindak tegas ini akan menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak memainkan sentimen perkauman dan agama untuk kepentingan politik.

Berita berkaitan
Isu seludup dadah TUDM: Anwar gesa jangan lindungi pengkhianat dalam pasukan keselamatan
8 jam lalu· Isu semasa
Malaysia perlu tingkat kewaspadaan keselamatan: Anwar
8 jam lalu· Isu semasa
Kemelut politik tak jejas projek pembangunan di Negeri Sembilan: Anwar
November 28, 2026· Politik
Pengurusan institusi kerajaan perlu bebas pengaruh politik: Anwar
November 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
6 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok