Anwar bakal sampaikan amanat penting kepada penjawat awam esok: Laporan

August 14, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan amanat penting kepada warga perkhidmatan awam dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) yang akan berlangsung esok.

Menurut Dr. Saharah Sapiyi, Ketua Pusat Pengajian Komunikasi dan Bahasa Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Perdana Menteri akan berucap pada acara kemuncak majlis tersebut jam 3.30 petang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“MAPPA XX merupakan platform penting bagi Perdana Menteri untuk bertemu dan menyampaikan aspirasi kerajaan kepada penjawat awam. Beliau dijangka akan berkongsi visi negara serta peranan strategik yang perlu dimainkan oleh perkhidmatan awam dalam mendukung agenda pembangunan,” jelas Saharah ketika menjadi tetamu dalam program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV.

Beliau memaklumkan bahawa dalam edisi sebelumnya, Perdana Menteri sudah mengumumkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), manakala pada MAPPA XX kali ini dijangkakan ada pengumuman penting berkaitan reformasi perkhidmatan awam.

“Tahun ini kita akan menyaksikan pelancaran Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam yang akan menjadi panduan kepada semua ketua jabatan dan agensi dalam membangunkan potensi sumber manusia di organisasi masing-masing,” tambah Saharah.

MAPPA XX yang mengusung tema ‘Perkhidmatan Awam MADANI Teras Kecemerlangan’ bukan sekadar wacana satu hala, tetapi juga ruang untuk penjawat awam menghayati dan menerapkan nilai-nilai Malaysia MADANI dalam pelaksanaan tugas harian.

Saharah menekankan majlis ini turut mengetengahkan komitmen terhadap agenda reformasi perkhidmatan awam yang sedang giat dilaksanakan di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmetan Awam.

Sebelum acara kemuncak, para hadirin dijemput menghadiri Tazkirah Jumaat bermula 12.45 tengah hari di Dewan Putra, PICC yang boleh memuatkan sehingga 1,000 jemaah.

Turut diadakan ialah forum Cakna Inspirasi MAPPA XX yang akan membincangkan topik media sosial dan kemerdekaan pada jam 2.30 petang.

Sepanjang hari tersebut, sebanyak 43 reruai daripada pelbagai kementerian, agensi dan jabatan kerajaan akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk kaunter pengurangan kompaun dan saman oleh Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), selain peluang informasi kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

MAPPA XX diharapkan dapat memperkukuh komitmen bersama dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan awam selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Berita berkaitan
Kerajaan belanja RM2 bilion sebulan untuk kekalkan harga RON95: Anwar
7 jam lalu· Isu semasa
Cuti tambahan sempena Aidilfitri diumum kerajaan
7 jam lalu· Isu semasa
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
March 13, 2026· Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.93 hingga RM3.98: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
SUHAKAM bantah guna SOSMA terhadap kanak-kanak
6 jam lalu · Isu semasa
Penipuan pelaburan cecah RM188 juta awal tahun ini: Polis
6 jam lalu · Isu semasa
Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah
6 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi negara masih kukuh hadapi krisis Asia Barat: Zafrul
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok