Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim mengesahkan sedang menjalankan hubungan yang aktif dengan pelbagai pihak berkepentingan dan menggunakan saluran diplomatik bagi memastikan pembebasan segera semua sukarelawan, termasuk rakyat Malaysia, yang ditahan selepas menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Perdana Menteri menekankan komitmen kerajaan untuk memantau perkembangan situasi tersebut dan akan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.
Beliau turut menghantar kata-kata semangat kepada keluarga semua aktivis dan sukarelawan yang terlibat.
“Kepada ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan, semoga terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar ini,” titip Anwar.
Beliau juga menyeru semua pihak agar bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka yang ditahan.
“Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar semua tahanan, khususnya warga Malaysia, berada dalam keadaan selamat dan terpelihara.”
Sebagai sebahagian daripada usaha penjelasan, Perdana Menteri turut berkongsi rakaman perbualannya dengan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Sani Araby Abdul Alim Araby, yang memberikan laporan terkini mengenai misi berkenaan.
Menurut laporan, seramai 23 rakyat Malaysia berada dalam misi kemanusiaan tersebut yang melibatkan sepuluh buah kapal.
Tragedi berlaku apabila tentera Israel menahan 12 rakyat Malaysia selepas kapal mereka dilaporkan memasuki zon yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan, kira-kira 100 batu nautika dari perairan Gaza pada malam sebelumnya.
Kejadian ini telah mencetuskan kebimbangan dan gesaan segera untuk pembebasan mereka.
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum