Anwar gesa siap sedia hadapi ketidaktentuan ekonomi ekoran krisis global

March 7, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya mengurus kewangan dengan lebih berhemah dan mengelakkan pembaziran susulan ketidaktentuan ekonomi global yang berpunca daripada konflik antarabangsa.

Menurut Perdana Menteri, ketegangan yang melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel berpotensi memberi kesan kepada ekonomi dunia, termasuk kenaikan harga barangan dan tenaga.

“Walaupun keadaan di negara kita masih terkawal, kerajaan bertanggungjawab mengingatkan rakyat supaya berjimat cermat dan menyimpan. Dalam bulan puasa dan musim raya ini, jangan berbelanja berlebihan,” katanya ketika merasmikan Masjid Mengkuang Titi di Permatang Pauh, hari ini.

Anwar berkata konflik geopolitik yang melibatkan banyak negara boleh memberi kesan besar kepada ekonomi global.

Menurutnya, apabila peperangan berlaku, bukan sahaja negara terlibat terkesan, malah puluhan negara lain turut menerima tempias melalui kenaikan harga barang dan gangguan bekalan.

“Dalam peperangan pun puluhan negara terkesan. Harga barang boleh meningkat mendadak.

“Jadi sementara keadaan masih baik, kita perlu pandai mengurus ekonomi dan bersedia menghadapi kemungkinan kegawatan,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan kini berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter walaupun tekanan global terhadap harga tenaga semakin meningkat.

“Sekarang harga minyak dunia melonjak hampir dua kali ganda. Saya sedang berusaha mempertahankan harga RON95 pada RM1.99 seliter, tetapi kita tidak tahu berapa lama boleh bertahan,” katanya.

Menurutnya, antara punca tekanan terhadap harga minyak adalah gangguan penghantaran di Selat Hormuz, laluan perkapalan penting di Timur Tengah yang menghubungkan perdagangan minyak dan gas dunia.

Selat sempit yang terletak di antara Iran dan Oman itu merupakan salah satu laluan paling penting bagi penghantaran minyak dan gas global.

Ketegangan di kawasan berkenaan menyebabkan banyak kapal tangki minyak dan gas tidak dapat bergerak seperti biasa.

Anwar berkata gangguan rantaian bekalan juga menyebabkan kos makanan, baja serta barangan import dari rantau seperti Ukraine, Russia dan negara-negara Eropah meningkat dengan ketara.

“Jika berlaku kegawatan besar, ia bukan mudah untuk diselesaikan. Sebab itu rakyat perlu sedar dan sama-sama membantu dengan mengurus perbelanjaan secara bijak,” katanya.

Berita berkaitan
Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan
2 jam lalu· Isu semasa
Kapal Malaysia tersekat di Selat Hormuz dikepung tentera AS: Mohamad Hasan
2 jam lalu· Isu semasa
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
3 jam lalu· Isu semasa
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
7 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Isu stesen minyak kehabisan bekalan, Loke nafi negara berdepan krisis bahan api
2 jam lalu · Isu semasa
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
3 jam lalu · Isu semasa
Lebih 200,000 penjawat awam mula kerja dari rumah esok
3 jam lalu · Isu semasa
Keselamatan tenaga negara jadi fokus utama hadapi krisis global: Fadillah
7 jam lalu · Isu semasa
Krisis tenaga: Sultan Nazrin bertitah gesa seluruh rakyat bersatu
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok