Anwar gesa tindakan tegas terhadap dalang serang Ketua Polis Dang Wangi

September 11, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menggesa supaya dalang yang melakukan serangan terhadap Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman, ditangkap segera berikutan insiden kekecohan semasa operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru hari ini.

Perdana Menteri mengecam sekeras-kerasnya dakwaan serangan yang menyebabkan Suzilme mengalami kecederaan di kepala, dengan gambarnya yang berlumuran darah tular di media sosial.

Dalam satu catatan di media sosial, Anwar menegaskan telah mengarahkan pihak berkuasa untuk melancarkan siasatan segera dan memberkas mereka yang bertanggungjawab.

“Keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat,” ujarnya.

Insiden itu dipercayai berlaku apabila sekumpulan penduduk yang tidak berpuas hati cuba memasuki kawasan yang dikepung polis, mencetuskan kekecohan yang mengakibatkan ketua polis daerah itu cedera.

Walaupun menyokong hak berhimpun secara aman, Anwar menekankan bahawa kebebasan itu perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan pematuhan undang-undang.

“Insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam yakni Ketua Polis Daerah Dang Wangi oleh pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam,” tegasnya.

Operasi polis tersebut dijalankan bagi mengosongkan rumah di Kampung Sungai Baru berikutan pertikaian tanah yang berlarutan.

Kampung yang terletak berhampiran Jambatan Saloma dan Menara Berkembar Petronas itu telah menyaksikan projek pembangunan semulanya terbengkalai selama hampir sedekad ekoran isu pampasan yang tidak diselesaikan.

Dalam kenyataan berasingan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan yang tidak bertamadun.

“Tiada kompromi terhadap pihak yang menyalahgunakan hak berhimpun untuk kepentingan politik sempit, mencetuskan huru-hara atau menyemai kebencian melalui maklumat palsu,” katanya.

Berita berkaitan
Isu seludup dadah TUDM: Anwar gesa jangan lindungi pengkhianat dalam pasukan keselamatan
7 jam lalu· Isu semasa
Malaysia perlu tingkat kewaspadaan keselamatan: Anwar
7 jam lalu· Isu semasa
Kemelut politik tak jejas projek pembangunan di Negeri Sembilan: Anwar
November 28, 2026· Politik
Pengurusan institusi kerajaan perlu bebas pengaruh politik: Anwar
November 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
5 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
5 jam lalu · Isu semasa
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
5 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok