Anwar hadir program selawat, munajat perdana malam esok

4 jam lalu · Isu semasa

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan yang akan berlangsung di Dataran Melang, malam esok.

Program bermula jam 6 petang hingga 11.30 malam itu dijangka menghimpunkan ribuan masyarakat bagi mengimarahkan malam dengan alunan selawat, munajat serta pengisian kerohanian yang menampilkan pendakwah dan qari terkenal dari dalam serta luar negara.

Program itu diianjurkan bagi menyemarakkan syiar Islam, memperkukuh perpaduan ummah dan mengajak masyarakat mendekatkan diri kepada Allah SWT menerusi pengisian berteraskan kerohanian.

Antara jemputan yang akan memeriahkan program itu ialah Sheikh Khaleel Ismael Elias, Sheikh Mahmood Al Wosabi, Habib Nael Ben Taher, Angham Anisah serta kumpulan nasyid UNIC.

Kehadiran Anwar dijangka menjadi antara tumpuan utama program yang berlangsung ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan memasuki fasa akhir menjelang hari pengundian pada 1 Ogos.

Berita berkaitan
Pelaku sebabkan kerugian Tabung Haji akan disiasat : PM
July 29, 2026· Isu semasa
Myanmar setuju terima semula 5,000 Rohingya dari Malaysia
1 jam lalu· Isu semasa
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
2 jam lalu· Politik
PRN NS: Manifesto PH bukan sekadar janji, 30,000 pekerjaan ada asas kukuh
4 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Laporan RCI Tabung Haji: Amaran BNM sejak 2014 tidak diendahkan, tanggung rugi RM10 bilion
July 29, 2026 · Isu semasa
Sindiket SMS penipuan guna fake BTS digempur MCMC, seorang ditahan di Johor
1 jam lalu · Isu semasa
Rosmah gagal gugurkan hakim kes solar, mahkamah tolak permohonan
3 jam lalu · Isu semasa
TH sudah laksana 75 peratus syor RCI, komited perkukuh tadbir urus
3 jam lalu · Isu semasa
Kes Zara Qairina: Shafie Apdal disabit hina mahkamah, dijatuhi hukuman penjara lima minggu
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
11 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok