Anwar lawat Sabah, tinjau keadaan bencana: Laporan

September 19, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim dijadual melawat Sabah hari ini bagi meninjau situasi bencana dan menyantuni rakyat yang terjejas akibat tanah runtuh serta banjir di beberapa lokasi di daerah Penampang dan Kota Kinabalu.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri dijadual memulakan tinjauan di lokasi tanah runtuh di Country Heights Penampang di Pekarangan Tempat Letak Kereta, Blok 20 pada 2.15 petang.

Seterusnya, Anwar akan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kolopis di Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis, Penampang pada 3 petang bagi melihat sendiri keadaan mangsa dan memastikan keperluan mereka terjamin sepanjang berada di pusat berkenaan.

Lawatan diteruskan ke PPS Kampung Sarapung, Penampang pada 3.40 petang di mana Perdana Menteri akan meluangkan masa bersama dengan mangsa bencana untuk mendengar permasalahan yang dihadapi dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka.

Pada 4.30 petang, Perdana Menteri akan meninjau kawasan tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, seramai 3,325 orang daripada 964 keluarga ditempatkan di 27 PPS di Membakut, Penampang, Papar, Putatan dan Sipitang, serta satu pusat pemindahan kekal di Beaufort pada petang semalam.

Bencana tanah runtuh di Sabah telah meragut 13 nyawa manakala banjir mengorbankan seorang mangsa setakat ini.

Isnin lalu, Perdana Menteri meluluskan peruntukan segera RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi membantu mangsa terjejas banjir di negeri berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, jumlah itu adalah tambahan kepada RM11 juta yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri bagi tujuan pembaikan segera kemudahan asas di kawasan terlibat. – Bernama

Berita berkaitan
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
1 jam lalu· Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
September 4, 2026· Politik
77 rakyat Malaysia dibawa pulang dari Nepal, 55 masih belum dapat dikesan: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
1 jam lalu · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
September 4, 2026 · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok