Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia

January 24, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menafikan dakwaan Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan berhubung tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan dengan menegaskan laporan tersebut tidak tepat dan menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan akan menangani isu berkaitan sempadan dan pampasan melalui rundingan yang baik serta berlandaskan hubungan dua hala yang matang.

“Laporan itu tidak betul. Kita akan berunding dengan baik dan secara profesional,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Kebudayaan Madani dan Kenduri Rakyat Pulau Pinang 2026 hari ini.

Isu ini timbul susulan laporan media Indonesia yang mendakwa tiga desa di Nunukan, Kalimantan Utara, telah beralih ke Malaysia, manakala pertikaian sempadan di Pulau Sebatik masih belum dimuktamadkan.

Laporan sama turut menyebut Indonesia memperoleh tambahan kawasan seluas 5,207 hektar daripada Malaysia, sekali gus mencetuskan perdebatan di ruang awam dan media sosial.

Untuk rekod, Malaysia dan Indonesia telah lama menjalankan rundingan teknikal berhubung penandaan serta pengukuran sempadan darat di kawasan Isu Sempadan Tertunggak (OBP).

Proses ini melibatkan kerjasama berterusan antara agensi kedua-dua negara bagi memastikan sempadan ditentukan secara tepat, telus dan mengikut undang-undang antarabangsa.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Arthur Joseph Kurup menjelaskan rundingan berkaitan OBP dilaksanakan secara harmoni dan tidak berasaskan prinsip timbal balik, pampasan atau untung-rugi.

Katanya, fokus utama adalah pemuktamadan teknikal demi kejelasan sempadan dan kestabilan hubungan serantau.

Pengukuran sempadan darat itu dimuktamadkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Malaysia dan Indonesia pada 18 Februari 2025, hasil proses rundingan teknikal yang mengambil masa lebih 45 tahun.

Langkah ini dilihat sebagai pencapaian penting dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memastikan isu sempadan ditangani secara aman dan berfakta.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
8 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
8 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
6 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
10 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
10 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok