Anwar rayu rakyat Negeri Sembilan pilih kestabilan

July 31, 2026 · Politik

Rakyat Negeri Sembilan diminta untukmemberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) meneruskan pentadbiran di negeri itu demi mengekalkan kestabilan politik dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi.

Menjelang hari pengundian esok, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu agar pengundi mengetepikan perbezaan yang timbul sepanjang tempoh kempen dan kembali mengeratkan perpaduan sebagai rakyat Malaysia.

“PRN Negeri Sembilan bermula dan kita sudah melalui tempoh kempen dengan pelbagai pandangan dikemukakan.

“Saya percaya dalam proses itu ada keterlanjuran, jadi marilah kita saling bermaaf-maafan dan kembali bersahabat kerana kita semua adalah rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran video di Facebook, hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, seluruh rakyat Negeri Sembilan tanpa mengira kaum dan agama perlu keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi menentukan masa depan negeri itu.

Beliau turut memohon pertimbangan rakyat untuk terus memberi mandat kepada PH bagi memastikan kesinambungan pentadbiran negeri dapat diteruskan seiring kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

“Saya mewakili PH memohon pertimbangan rakyat supaya diberikan peluang untuk kami meneruskan khidmat, menjamin kestabilan dan memacu pertumbuhan yang akan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan MADANI,” katanya.

PRN Negeri Sembilan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada Jun lalu.

Sebanyak 36 kerusi dipertandingkan dengan PH dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerjasama melalui Kerajaan Perpaduan, manakala Perikatan Nasional (PN) berusaha merampas pentadbiran negeri.

Sepanjang tempoh kempen, isu kos sara hidup, pembangunan ekonomi, peluang .pekerjaan, infrastruktur serta kestabilan politik menjadi antara fokus utama yang dibawa parti-parti bertanding.

Hari pengundian berlangsung esok dengan keputusan dijangka menentukan hala tuju pentadbiran Negeri Sembilan untuk tempoh lima tahun akan datang.

 

Berita berkaitan
PRN NS: Pengundi atas pagar, lapan kerusi marginal penentu kemenangan esok
2 jam lalu· Politik
PRN NS: PH sasar menang minimum 19 kerusi
3 jam lalu· Politik
Prestasi ekonomi bukti PH wajar terus pimpin Negeri Sembilan
3 jam lalu· Politik
PRN NS: SPRM terima empat aduan dakwaan politik wang
3 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
AMK: Jika bermain dua kolam bersama PN, keluar sahaja kerajaan Selangor
July 31, 2026 · Politik
AGC jamin siasatan RCI Tabung Haji bebas pengaruh politik, tiada kompromi
4 jam lalu · Politik
859,750 pengundi Negeri Sembilan tentukan nasib 36 kerusi DUN esok
4 jam lalu · Politik
Bersatu dakwa PAS guna logo PN sekadar ‘topeng’ untuk tarik undi bukan Melayu
4 jam lalu · Politik
Syed Saddiq: RCI TH bukan lesen bersihkan pemimpin terdahulu meskipun tiada ‘sakau’
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] NGO Melayu N9 seru rakyat pertahan kestabilan dan agenda pembangunan, tolak fitnah dan sentimen kaum
2 jam lalu
[VIDEO] Jangan guna laporan RCI untuk bersihkan pemimpin salah tadbir TH walaupun tiada ‘sakau’
4 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok