Bersatu dakwa PAS guna logo PN sekadar ‘topeng’ untuk tarik undi bukan Melayu

2 jam lalu · Politik

Pertikaian antara Bersatu dan PAS semakin terbuka apabila pemimpin Bersatu mendakwa penggunaan logo Perikatan Nasional (PN) oleh PAS di Negeri Sembilan hanyalah ‘topeng’ politik bagi menampilkan imej lebih sederhana serta menarik sokongan pengundi bukan Melayu.

Salah seorang aktivis utama Bersatu, Marzuki Mohamad, mendakwa PAS tidak menunjukkan komitmen yang sama terhadap logo PN apabila bertanding di negeri yang dikuasainya seperti Kelantan dan Terengganu.

Menurutnya, tindakan PAS menggunakan lambang PN di negeri Pantai Barat mempunyai agenda politik tersendiri.

“PAS tidak ada perasaan kasih dan sayang pun pada logo PN. Di Kelantan dan Terengganu mereka tidak pakai logo PN. Cuma di negeri-negeri Pantai Barat mereka guna logo PN sebagai ‘topeng’ untuk nampak lebih moderat,” katanya menerusi hantaran di media sosial sambil berkongsi klip ceramah Naib Presiden Bersatu, Radzi Jidin.

Kenyataan itu dibuat ketika hubungan antara kedua-dua parti dalam PN terus menjadi perhatian susulan beberapa siri pergeseran sejak kebelakangan ini, termasuk isu pelantikan Menteri Besar Perlis serta perebutan pengaruh dalam gabungan berkenaan.

Dalam ceramahnya di Negeri Sembilan, Radzi turut mendakwa PAS menyedari parti itu sukar mendapat sokongan pengundi bukan Melayu sekiranya bertanding menggunakan identiti sendiri.

“Kepada pengundi MCA dan MIC, apabila saudara mengundi PN, maknanya saudara mengundi PAS. Itu hakikatnya,” katanya sambil menggesa pengundi supaya tidak terpengaruh dengan apa yang disifatkannya sebagai permainan politik kuasa.

Kenyataan tersebut muncul ketika hubungan PAS dan Bersatu terus menunjukkan keretakan walaupun kedua-duanya masih berada dalam gabungan pembangkang.

Perbezaan antara kedua-dua parti mula menjadi semakin ketara selepas PAS dilihat mengambil alih pengaruh dalam PN.

PAS yang muncul sebagai parti terbesar dalam gabungan itu kini menguasai sebahagian besar jawatan penting, sekali gus mencetuskan persepsi hala tuju PN semakin ditentukan oleh parti tersebut.

Hubungan kedua-dua parti turut tegang susulan isu pertukaran Menteri Besar Perlis, apabila PAS secara terbuka menolak cadangan Bersatu, selain beberapa kenyataan pemimpin kedua-dua parti yang saling menyindir mengenai kedudukan dan masa depan gabungan berkenaan.

Di Negeri Sembilan pula, kerjasama antara PAS dan Bersatu dilihat semakin longgar apabila Bersatu memilih bertanding menggunakan lambang sendiri, manakala PAS bersama parti komponen lain menggunakan logo PN.

Malah, perkembangan kempen PRN Negeri Sembilan turut menyaksikan PAS mengambil pendekatan bekerjasama secara terbuka dengan Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hala tuju sebenar kerjasama politik dalam kalangan parti pembangkang.

Pertikaman lidah yang semakin terbuka itu mencerminkan persaingan pengaruh dalam PN yang semakin sukar disembunyikan.

Berita berkaitan
859,750 pengundi Negeri Sembilan tentukan nasib 36 kerusi DUN esok
2 jam lalu· Politik
Kerajaan sedia terima teguran baiki kelemahan, siasatan TH akan dibuat secara telus: Anwar
11 jam lalu· Politik
Darjah Kebesaran Rais Yatim ditarik balik serta-merta: Istana NS
July 30, 2026· Politik
PRN Negeri Sembilan: Politik idea atau politik perkauman, siapa sebenarnya menang?
July 30, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Prestasi ekonomi bukti PH wajar terus pimpin Negeri Sembilan
July 31, 2026 · Politik
AGC jamin siasatan RCI Tabung Haji bebas pengaruh politik, tiada kompromi
1 jam lalu · Politik
Syed Saddiq: RCI TH bukan lesen bersihkan pemimpin terdahulu meskipun tiada ‘sakau’
5 jam lalu · Politik
RCI TH didedah ikut proses, tunggu persetujuan Kabinet nyahklasifikasi: Fahmi
16 jam lalu · Politik
Azeez Rahim sedia disiasat semula, susulan pendedahan laporan RCI Tabung Haji
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan guna laporan RCI untuk bersihkan pemimpin salah tadbir TH walaupun tiada ‘sakau’
July 31, 2026
[VIDEO] Altimet gesa tumpuan diberi kepada nasib pendeposit Tabung Haji
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok