Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Kredit gambar: PMO
Anwar Ibrahim mengesahkan kehadiranya ke Doha, Qatar bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang diadakan berikutan serangan terkini Israel ke atas negara tersebut.
Kehadiran Perdana Menteri itu sebagai tanda sokongan penuh Malaysia terhadap Qatar serta kesinambungan usaha negara dalam mempertahankan hak rakyat Palestin.
Menurut kenyataan Wisma Putra, Anwar akan diiringi Menteri Luar, Mohamad Hasan, akan menyampaikan Kenyataan Negara pada sidang kemuncak itu bagi memperkukuh pendirian Malaysia.
Sidang kemuncak ini dihadiri oleh pemimpin dan wakil dari negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam ini akan dihadiri oleh pemimpin dan wakil-wakil Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan akan didahului oleh Mesyuarat Persediaan Peringkat Menteri Arab-Islam pada 14 September 2025,” kata kenyataan itu.
Anwar dijadual menyampaikan Kenyataan Negara pada sidang kemuncak itu bagi menegaskan pendirian Malaysia bahawa keamanan serantau dan dunia akan terus terancam sekiranya Israel dibiarkan mencabuli undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kedaulatan negara.
Sidang kemuncak ini dijangka meluluskan satu resolusi bersama yang menggariskan tindakan kolektif negara anggota.
“Sidang kemuncak ini dijangka meluluskan satu resolusi yang menggariskan tindakan dan pendirian bersama negara-negara anggota dalam menangani isu ini,” menurut kenyataan itu.
Sidang kemuncak ini diadakan sebagai respons terus kepada serangan Israel pada Selasa lalu ke atas sebuah kawasan kediaman di Doha, yang mengakibatkan kematian lima anggota Hamas dan seorang pegawai keselamatan Qatar.
Serangan itu berlaku ketika rundingan gencatan yang dimediasi Qatar sedang berlangsung.
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
Sosma masih relevan, Ayob Khan tolak ISA dikembalikan: Laporan
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri