Anwar tak halang SPRM tangkap perasuah walaupun orang kerajaan sendiri

June 15, 2025 · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberikan kebebasan untuk menyiasat dan menangkap perasuah yang menyeleweng walaupun dalam kerajaan sekali pun, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata sentiasa menyokong usaha SPRM dalam membanteras penyelewengan dana awam dan tidak akan menghalang mereka menjalankan tanggungjawab walaupun hari-hari mahu membuat tangkapan.

“Yang penting apa dalam kerajaan ini? Tata-kelola kena betul. Bagi projek tanpa tender kena berhenti. Sakau sana-sini tak boleh. Biar SPRM geledah habis. Tangkap hari-hari saya tak peduli, saya tak halang,” katanya semasa program Madani Rakyat di Lumut, Perak hari ini,

Beliau juga turut menafikan dakwaan bahawa siasatan yang dijalankan bermotifkan politik, sambil menegaskan tindakan perlu diambil tanpa mengira kedudukan atau kecenderungan politik seseorang.

“Ini kata nak tangkap (Adun di) Sabah? Tangkaplah!.

“Orang kerajaan perpaduan? Tangkaplah! orang pembangkang? Tangkaplah!” tambahnya.

Anwar dipercayai merujuk kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki baru-baru ini bahawa sekurang-kurangnya dua individu akan didakwa dalam kes skandal rasuah di Sabah.

Pada 12 Jun, Azam berkata SPRM akan mengumumkan nama dua individu tersebut tidak lama lagi, dan memberi bayangan lebih banyak pertuduhan akan menyusul.

Bagaimanapun, kenyataan itu mengundang kritikan kerana didakwa menunjukkan pendakwaan terpilih, memandangkan sekurang-kurangnya lapan Adun di Sabah pernah dikaitkan dengan kes berkenaan.

Anwar dalam ucapannya berkata tindakan tegas juga mesti dikenakan terhadap bekas pemimpin yang didakwa menyeleweng dana awam.

“Yang dah pencen cakap banyak? Kalau betul dia curi, tangkaplah! Kalau betul dia curi. Ini, menteri-menteri, mantan-mantan menteri…bilion ringgit.

“‘Oh kesian dekat dia, dia dah tua’. Saya kesian, tapi wang yang diambil dari rakyat, bagi baliklah. Kalau tidak macam mana saya nak baiki sekolah?” katanya.

Anwar berkata walaupun dia secara peribadi sudah memaafkan serangan politik terhadapnya sebelum ini, namun dia tidak akan berkompromi dalam soal wang akyat.

“Kamu pukul aku, kamu terajang aku setengah mati, kamu penjarakan aku, kamu hina aku dan keluarga aku, sekarang aku sudah jadi perdana menteri. Sudahlah, aku maafkan semua. Tapi kamu curi harta rakyat negara aku, itu bukan hak aku. Aku nak kutip balik semua,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
2 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
6 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
7 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
7 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok