Anwar tegur dakwaan tak tepat harga minyak hanya naik di Malaysia

April 9, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim, menegur kenyataan pihak tertentu yang mendakwa kenaikan harga minyak hanya berlaku di Malaysia, sambil menyifatkannya sebagai tidak tepat dan boleh mengelirukan rakyat.

Menurut Perdana Menteri, pandangan sedemikian bersifat dangkal kerana tidak mengambil kira situasi global, khususnya kesan konflik di Asia Barat yang turut menjejaskan pasaran tenaga dunia.

“Ada ulasan daripada tokoh agama yang mempunyai ramai pengikut mengatakan harga minyak tidak naik di negara lain, hanya di Malaysia.

“Itu kedangkalan ilmu yang boleh mengelirukan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan hari ini.

Beliau menjelaskan kenaikan harga bahan api bukan berlaku secara terpencil, sebaliknya dipengaruhi faktor luar termasuk peningkatan kos logistik dan insurans.

“Kos insurans untuk membawa minyak meningkat lebih 100 peratus, terutama selepas laluan di Selat Hormuz terjejas dan operasi beralih ke Pengerang. Ini menyebabkan kos asas minyak turut meningkat,” katanya.

Isu ini timbul susulan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang mempersoalkan kenaikan harga diesel di Semenanjung, sedangkan Sabah dan Sarawak tidak terlibat.

Dalam tulisannya, beliau mendakwa kenaikan itu tidak mempunyai asas kukuh dan tidak wajar dikaitkan dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Abdul Hadi turut berpendapat Malaysia sepatutnya tidak terkesan secara langsung kerana negara mempunyai sumber minyak dan gas sendiri, selain hubungan dengan negara pengeluar lain.

Untuk rekod, ketegangan di Timur Tengah, khususnya melibatkan laluan strategik seperti Selat Hormuz, telah lama memberi kesan kepada rantaian bekalan global.

Sebarang gangguan di kawasan itu lazimnya meningkatkan kos penghantaran dan insurans, sekali gus mempengaruhi harga minyak di banyak negara.

Semalam, Kementerian Kewangan mengumumkan kenaikan harga diesel sebanyak 70 sen seliter, manakala petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing naik 40 sen.

Harga baharu menetapkan RON97 pada RM5.35 seliter dan RON95 pada RM4.27 seliter.

Berita berkaitan
Isu jalan luar bandar: Zafrul sindir ada pihak guna cybertrooper Vietnam
22 jam lalu· Politik
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
November 1, 2026· Isu semasa
Putrajaya lulus hampir semua projek pembangunan Kelantan: Menteri Besar
November 1, 2026· Politik
Kerajaan lulus RM250 juta siapkan KB Sentral, tambah bantuan pendidikan Islam Kelantan
October 31, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
5 jam lalu · Isu semasa
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
5 jam lalu · Isu semasa
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
9 jam lalu · Isu semasa
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok