Anwar tegur pembangkang jangan ‘terlalu ekstrem’ dalam isu hubungan luar

October 30, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim, menempelak sikap sesetengah ahli parlimen pembangkang yang beliau sifatkan sebagai bersikap ‘lebih Hamas dari Hamas’ dan ‘lebih China dari China’ ketika membahaskan hubungan perdagangan Malaysia dengan negara luar.

Perdana Menteri mengingatkan agar perkara itu tidak dibiarkan kerana bimbang ia akan menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara terbabit, terutamanya China dan menurutnya segala perjanjian, termasuk Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat, diteliti secara terperinci.

“Ini masalah membaca tidak secara menyeluruh. Tentunya apa-apa yang dilakukan oleh AS tentunya diteliti ‘line by line’ oleh China,” katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan di Dewan Rakyat.

“Kalau ada ditafsirkan oleh sesetengah Ahli pembangkang, ia akan menjejaskan hubungan kita dengan China. Kalau unsur nadir bumi (REE) dimonopoli AS, tidak boleh dengan China… ini tidak berlaku sebenarnya,” tambahnya.

Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat, Anwar menekankan komitmen membeli barangan AS yang dilaporkan mencecah RM1 trilion tidak melibatkan perbelanjaan wang kerajaan secara langsung.

Sebaliknya, pembelian dilakukan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Malaysia Airlines membeli 30 pesawat dari Airbus dan 30 lagi dari Boeing. Bukan saya yang order, ini dilakukan MAS,” terangnya lagi.

Begitu juga dengan import gas asli cecair oleh PETRONAS, yang merupakan kejayaan komersial syarikat tersebut.

Anwar berkata, kejayaan PETRONAS di Kanada sehingga dihargai oleh Perdana Menteri negara itu membuktikan kejayaan pelaburan Malaysia di peringkat global.

Beliau menegaskan kerajaan sentiasa teliti sebelum membuat sebarang keputusan, dan menyeru semua pihak agar tidak menanam kebencian atas dasar politik semata-mata.

“Saya akan teliti dulu undang-undangnya, teliti peruntukannya,” tegasnya lagi.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
14 jam lalu· Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
19 jam lalu· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
September 22, 2026· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
September 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
15 jam lalu · Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
16 jam lalu · Politik
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
19 jam lalu · Politik
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
19 jam lalu · Politik
Kemelut takhta: Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal, Balai Undang dikawal polis
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok