Anwar tuntut pembebasan segera aktivis Malaysia ditahan regim

October 2, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menggesa pembebasan segera semua aktivis dan sukarelawan Malaysia serta antarabangsa yang ditahan oleh tentera Israel selepas konvoi bantuan kemanusiaan mereka diserang.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Perdana Menteri menegaskan misi Global Sumud Flotilla (GSF) itu adalah usaha kemanusiaan yang digerakkan oleh orang awam tanpa senjata bagi menghantar bantuan penting untuk penduduk Gaza.

“Saya menerima maklumat daripada pasukan aktivis dan sukarelawan Malaysia selepas rejim Zionis Israel memintas konvoi tersebut. Saya menggesa agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dengan kadar segera,” katanya.

“Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan,” tambahnya lagi.

Beliau turut mengutuk tindakan Israel yang bukan sahaja mencabuli hak asasi rakyat Palestin, malah menginjak-injak nilai kemanusiaan sejagat.

Menurutnya, serangan ke atas flotila tersebut adalah satu pengkhianatan terhadap suara masyarakat dunia yang semakin membenci regim berkenaan.

“Flotila tersebut bukan sekadar konvoi bantuan, tetapi simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia. Ia membawa sinar harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang terus dipaksa hidup melarat di bawah sekatan zalim,” tegas Anwar.

Anwar turut memberi jaminan bahawa keselamatan rakyat Malaysia adalah keutamaan, dan kerajaan akan mengambil semua langkah sah dari segi undang-undang untuk memastikan Israel bertanggungjawab, terutamanya melibatkan warganegara Malaysia.

“Kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli. Selagi hak dan aspirasi rakyat Palestin terus dinafikan, Malaysia kekal berdiri teguh dan tidak akan berundur daripada terus mendesak agar kezaliman ini dihentikan,” tegasnya.

Menurut sistem pengesanan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), seramai 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF tersebut telah ditahan oleh tentera Israel.

Berita berkaitan
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
8 jam lalu· Politik
Pelaburan KWAP rugi RM200 juta perlu disiasat: PMX
12 jam lalu· Isu semasa
PM ucap tahniah kepada Nur Jazlan dilantik semula Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara: Bernama
12 jam lalu· Politik
Kerajaan pertimbang naikkan STR dan SARA dalam Belanjawan 2027: PMX
July 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
3 jam lalu · Isu semasa
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
4 jam lalu · Isu semasa
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
7 jam lalu · Isu semasa
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok