Armizan gesa pengundi Sabah waspada janji lama BN

November 27, 2025 · Politik

Rakyat Sabah diingatkan agar berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji menarik daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO, khususnya yang berkaitan dengan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Armizan Mohd Ali memberi peringatan itu susulan beberapa pemimpin utama BN-UMNO yang berjanji macam-macam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini tetapi sebenarnya sudah gagal sejak berpuluh tahun mentabdir sebelum ini.

“Malangnya, kita perlu berhati-hati menerima aku janji BN-Umno. Ini kerana apa yang dilafaz nampaknya tidak seperti dibuat. Seringkali dilihat tindak tanduk mereka mengutamakan kepentingan parti berbanding kepentingan negeri,”kata Armizan dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Beliau memberikan contoh terkini melalui isu pemberian elaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Menurutnya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menghentikan penyaluran peruntukan elaun JKKK kepada Kerajaan Negeri Sabah mulai 2024.

“Sebaliknya, KKDW melantik pentadbiran kampung sendiri yang dijenamakan sebagai Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM). Tindakan memecah belah masyarakat di kampung ini umpama pendekatan ‘divide and rule’,” katanya.

Akibat tindakan itu, Kerajaan Sabah terpaksa mengeluarkan peruntukan tambahan anggaran sebanyak RM20 juta setahun untuk menampung keperluan elaun JKKK.

“Bayangkan, kadar RM20 juta ini dianggarkan boleh menampung keperluan menaik taraf jalan kampung sepanjang 40km,” ujarnya.

Armizan juga menyatakan keyakinannya pendekatan ini adalah atas syor UMNO-BN Sabah kepada KKDW.

“Di Sarawak tidak ada JKDM, sebab tidak wujud UMNO-BN di sana. Cara ini menzahirkan polisi komitmen MA63 ke laut.

“Adakah lebih banyak lagi perkara serupa ini akan dibikin balik di Sabah? Sabahan, fikir-fikirkanlah,” katanya.

Berita berkaitan
Pelaburan negeri hasil usaha PH sebelum Kerajaan Perpaduan: Aminuddin
July 26, 2026· Politik
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
4 jam lalu· Politik
Fahmi: Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
13 jam lalu· Politik
14 kertas siasatan dibuka sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
4 jam lalu · Politik
Kerjasama BN-PH bukan kontrak sampai mati
8 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
8 jam lalu · Politik
PAS yang patut keluar PN, bukan Bersatu
11 jam lalu · Politik
Sanusi memang gemar keluar kenyataan pelik
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
12 jam lalu
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
July 25, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok