ART tak boleh diundur, MITI akan teliti isu penting untuk dirunding semula: Johari

December 17, 2025 · Isu semasa

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri baharu, Johari Abdul Ghani, menjelaskan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai dengan Amerika Syarikat tidak boleh ditarik balik atau diundur semula.

Namun, beliau menyatakan komitmen untuk meneliti semua aspek dalam perjanjian perdagangan yang mungkin tidak adil kepada negara bagi tujuan rundingan semula.

“Apa yang sudah ditandatangani, kita tidak boleh undur balik. Tetapi apa yang kita akan lihat bersama-sama MITI ialah perkara-perkara yang boleh kita minta untuk dirunding semula,” katanya selepas sesi ‘clock in’ secara simbolik di kementerian itu hari ini.

Johari menambah, “Ia melibatkan mana-mana perkara yang tidak adil. Ini bukan sesuatu yang mempunyai noktah; anda perlu berunding. Sesuatu yang tidak adil kepada kita, kita akan runding.”

Mengenai fokusnya yang baharu, Johari berkata tumpuan akan diberikan kepada penilaian semula strategi perlindungan ekonomi negara ekoran perubahan landskap global.

Beliau berkata langkah negara maju yang lebih bersifat melindungi kini menjadi sebab kukuh untuk Malaysia turut mempertahankan kepentingan ekonominya.

Beliau turut menyentuh tentang sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dilihat tidak berkembang seiring pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Jika kita lihat, hasil KDNK telah berkembang begitu besar dari 2015 sehingga 2024. Tetapi sumbangan PKS dalam tempoh 10 tahun itu hanya meningkat dua peratus, dari 37 peratus kepada 39 peratus. Jadi, itulah yang kita akan lihat,” ujarnya.

Johari menekankan kehadirannya di MITI bukan bertujuan mencipta perubahan drastik dalam sekelip mata, sebaliknya semua usaha akan berlandaskan data dan dilaksanakan secara berhemah.

“Anda tidak perlu beritahu orang (apa yang kita lakukan). Apa yang kita buat di sini adalah untuk mempertahankan ekonomi.

“Seperti bagaimana negara maju melindungi kepentingan mereka, itulah strateginya. Saya mahu bekerjasama sebagai sepasukan,” jelasnya.

Berita berkaitan
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026· Isu semasa
Malaysia kekal tegas, tidak tunduk desakan Ahli Kongres AS: Loke
July 22, 2026· Politik
Jangan nafikan pemimpin Melayu-Islam dalam PH: Fahmi
July 21, 2026· Politik
Anwar mahu pemegang jawatan kerajaan kekal berdisiplin ketika berkempen
July 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
2 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
8 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
8 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
10 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
1 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok