Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent di Korea Selatan.
Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh kerjasama strategik dengan Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri menjelaskan prinsip utama dalam hubungan dua hala ini adalah keterbukaan, keadilan, serta saling menghormati bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran serantau dan global.
Pernyataan itu dibuat susulan pertemuan dua hala beliau dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, di Korea Selatan hari ini.
Dalam pertemuan tersebut, Bessent menyampaikan penghargaan AS atas layanan baik yang diberikan kepada Presiden Donald Trump dan delegasinya semasa lawatan ke Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Pertemuan kami hari ini secara tidak langsung meneruskan momentum hubungan erat yang telah terjalin dan memberi ruang untuk kami membincangkan pelbagai aspek hubungan perdagangan serta kewangan antara Malaysia dan AS,” ujarnya.
Anwar menambah pertemuan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pertalian ekonomi dua hala, ia termasuk komitmen bersama antara Perbendaharaan AS dan Bank Negara Malaysia untuk memastikan dasar pertukaran mata wang yang berdaya tahan, kestabilan pasaran kewangan, serta tadbir urus yang telus dan berintegriti.
Di samping itu, Anwar turut mengulangi ucapan terima kasih kepada Presiden Trump atas kunjungannya yang dilihat sebagai cerminan iltizam tinggi kepimpinan AS.
“Saya menghargai peranan dan sumbangan beliau dalam memperkukuh kerjasama ekonomi global, di samping usaha memperluas jaringan pelaburan, perdagangan dan keamanan yang inklusif berasaskan dialog, keadilan dan saling memahami,” jelasnya.
Pertemuan ini diadakan di luar sidang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM), sekali gus menunjukkan kesinambungan usaha kedua-dua negara dalam mengukuhkan hubungan yang konstruktif dan saling memanfaatkan.
Dicabul raba punggung dalam LRT: Polis buru lelaki berjanggut, berpelitup muka
SPRM perlu pantas tangani persepsi, elak maklumat mengelirukan: Azam Baki
Polis terima tiga laporan terhadap bekas wartawan FMT, Saifuddin nasihat jaga etika
Perolehan tentera, polis dibekukan sementara: Anwar
[VIDEO] UMNO tak gadai prinsip walaupun bersama Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] Zahid ucap tahniah kepada PMX berjaya stabilkan ekonomi dan politik negara