Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Isu rakaman audio yang mendakwa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mencalonkan Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, sebagai calon Perdana Menteri (PM) Perikatan Nasional (PN) terus menjadi bualan.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, bagaimanapun, enggan mengesah atau menafikan dakwaan tersebut yang tular di dalam media sosial mengenai rakaman bocor itu.
Beliau berkata tanggungjawab untuk membuktikan dakwaan itu terletak sepenuhnya pada pihak yang membuat tuduhan tersebut.
“Siapa yang mendakwa tu, dialah berhak membuktikan. ‘The burden of proof is on the prosecution lah’, siapa yang mendakwa tu dia kena jawab lah,” katanya dipetik laporan emdia.
Ketika ditanya mengenai pertemuan yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi kedua-dua parti, Takiyuddin menyifatkan pertemuan sedemikian sebagai suatu kelaziman.
“Kita dalam Perikatan Nasional (PN) sentiasa ada perjumpaan dengan Gerakan, dengan MIPP, apatah lagi dengan Bersatu. Jadi bagi kita, perjumpaan tu adalah perkara biasa lah, bukan perkara yang asing,” jelasnya.
Beliau sekali lagi menekankan pendirian rasmi parti yang didukung oleh Hadi Awang, iaitu PN perlu menumpukan usaha untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) terlebih dahulu.
“Presiden PAS kata kita tak nak menamakan siapa pun sebagai Perdana Menteri. Kita nak menang PRU-16 dulu. Perdana Menteri datang kemudian,” ulas Takiyuddin.
Beliau turut menegaskan keputusan muktamad berkenaan calon PM hanya akan dibuat secara kolektif oleh kepimpinan PN dan sehingga kini tiada sebarang keputusan diambil.
“Kita ramai calon-calon Perdana Menteri, bukan satu je. Saya rasa tak timbul benda tu,” tegasnya.
Sebelum ini, satu klip audio tular di aplikasi WhatsApp memaparkan suara yang mirip seorang pemimpin Bersatu mendakwa cadangan tersebut telah dikemukakan oleh Hadi Awang dalam satu pertemuan.
Najib hadapi fasa akhir perbicaraan kes RM2.3 bilion dana 1MDB esok
PRN Sabah: Walaupun terpalit skandal rasuah, Hajiji yakin GRS kembali berkuasa
Rakaman audio tular MB Perlis hina Raja, PAS serah kepada polis untuk siasat
Jangan sebar maklumat palsu menjelang PRN Sabah dalam media sosial: Fahmi
UMNO ambil tindakan undang-undang jika dua MP bertanding tiket GRS: Zahid
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa