Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Kementerian Komunikasi akan bertindak tegas terhadap sebarang penyebaran maklumat palsu yang boleh mengancam integriti dan keselamatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata pihaknya menerima aduan mengenai gambar dan poster calon palsu yang sudah tersebar dalam media sosial, walaupun PRN Sabah hanya dijadualkan secara rasmi pada November ini.
Beliau menekankan bahaya sekiranya maklumat salah ini dibiarkan berlegar tanpa kawalan.
“Kita risau sebaran maklumat palsu, berita palsu itu boleh menukar sikap pengundi.
“Jadi, tindakan tegas perlu diambil,” tegas Fahmi ketika berucap di sidang media selepas merasmikan Seminar Kecemerlangan SPM Anak Pantai 2025 hari ini.
Sebagai langkah proaktif, Fahmi memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan pertemuan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan langkah penguatkuasaan.
“Kita akan pastikan pihak SPR dan PDRM terutamanya, ada laluan khas untuk tindakan pantas diambil terutama oleh platform-platform media sosial yang paling kerap digunakan,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan langkah ini adalah demi kelancaran dan keadilan pilihan raya, dan bukan untuk memihak mana-mana parti politik.
“Langkah ini bukan untuk kepentingan mana-mana parti politik, sebaliknya demi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar dan adil kepada semua pihak,” jelasnya.
Selain itu, satu pertemuan bersama syarikat media sosial juga akan diadakan pada minggu hadapan bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil terhadap kandungan palsu.
Tukar MB Perlis tak perlu undi tak percaya, luar dewan pun boleh buat: Sanusi
Hina sahabat Nabi: Amanah persoal kenapa PAS tak pecat Zawawi
PKR Shah Alam dakwa hanya tiga AJK keluar parti, masih utuh
PAS pertimbang putuskan hubungan dengan Bersatu: Laporan
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi