PAS sasar tanding 12 kerusi DUN pada PRN Sabah

October 19, 2025 · Politik

PAS menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

Rundingan dengan Bersatu bagi membahagikan kerusi masih berjalan dan keputusan muktamad dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah, berkata perkara itu akan diputuskan kira-kira dua minggu sebelum hari penamaan calon dan menegaskan antara kerusi yang disasarkan ialah Karambunai, Sungai Sibuga dan Tanjung Keramat.

“Kita sedang berbincang dengan Bersatu. Belum diputuskan lagi, tetapi dalam masa terdekat, mungkin dua minggu sebelum penamaan calon, kita akan umum kerusi dan calon sekali,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Mohd Amar, walaupun sasaran asal PAS hanyalah untuk memenangi satu kerusi, keyakinan parti itu terhadap potensi kemenangan kini semakin meningkat selepas mengambil maklum balas positif yang diterima.

“Terutama apabila melibatkan isu-isu semasa seperti kes Zara Qairina serta rasuah melibatkan GRS dan BN, yang memberi kesan besar terutama dalam kalangan pengundi muda.

“Pengundi lama mungkin tidak terkesan, tetapi pengundi muda di Sabah kini semakin ramai dan mereka inilah yang akan membuat perubahan,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
18 jam lalu· Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
19 jam lalu· Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
23 jam lalu· Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
October 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
18 jam lalu · Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
18 jam lalu · Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
23 jam lalu · Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
October 22, 2026 · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
October 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok