Azam ambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg, dakwa isu saham satu fitnah

February 11, 2026 · Isu semasa

Azam Baki mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada agensi berita antarabangsa Bloomberg susulan laporan berkaitan urus niaga saham lamanya yang didakwa mengelirukan serta berunsur fitnah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata tindakan undang-undang itu bertujuan mempertahankan fakta dan reputasi, bukan untuk menyekat kebebasan media.

“Ini tentang mempertahankan fakta dan integriti, bukan sahaja reputasi peribadi saya tetapi juga organisasi saya,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Azam, notis undang-undang itu akan dihantar sama ada ke pejabat Bloomberg di Malaysia atau ibu pejabatnya di Amerika Syarikat, dan bersedia membawa perkara itu ke mahkamah.

Beliau mendakwa laporan berkenaan diterbitkan tanpa semakan fakta menyeluruh, terutama berkaitan garis masa pemilikan saham dan pengisytiharan aset.

Kontroversi tercetus selepas laporan Bloomberg menyatakan beliau memiliki kira-kira 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd yang dianggarkan bernilai sekitar RM800,000 berdasarkan harga dagangan semasa.

Azam bagaimanapun berkata saham tersebut telah diisytiharkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam melalui sistem rasmi kerajaan dan sudah dilupuskan dalam tahun yang sama.

Beliau menambah isu itu bukan kes jenayah, sebaliknya berkaitan tafsiran pekeliling pentadbiran pengisytiharan aset.

“Semua keperluan pengisytiharan saya patuhi mengikut prosedur kerajaan, tetapi saya tidak wajib mendedahkannya kepada umum,” katanya lagi.

Beliau juga akan menuntut ganti rugi dan berkemungkinan memohon injunksi mahkamah jika dakwaan berulang.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pihak politik termasuk dari UMNO dan pembangkang turut menuntut penjelasan lebih telus bagi memastikan keyakinan awam terhadap institusi penguatkuasaan kekal terpelihara.

Berita berkaitan
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
1 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
2 jam lalu· Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
7 jam lalu· Isu semasa
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
June 25, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
June 25, 2026 · Isu semasa
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
June 25, 2026 · Isu semasa
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
June 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok