Bloomberg sebelum ini melaporkan isu pemilikan saham Azam Baki.
Tekanan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, terus memuncak apabila Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, menggesa beliau meletakkan jawatan susulan kontroversi baharu isu saham.
Ketika membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 di Dewan Rakyat, Poay Tiong memberi amaran kegagalan kerajaan bertindak tegas boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap pentadbiran sedia ada.
“Azam Baki perlu letak jawatan. He have to go or we have to go. He go or we go,” katanya, sambil menambah bahawa pengundi mungkin menghukum kerajaan dalam pilihan raya akan datang jika isu itu dibiarkan berlarutan.
Isu pemilikan saham yang dikaitkan dengan Azam bukan perkara baharu.
Pada 2022, beliau pernah berdepan penelitian awam berhubung akaun saham miliknya, namun dibersihkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Kontroversi terbaharu tercetus selepas laporan media antarabangsa membangkitkan semula persoalan berkaitan pegangan saham tersebut, sekali gus mencetuskan desakan siasatan lebih telus.
Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul menolak usul tergempar untuk membahaskan isu berkenaan atas alasan satu jawatankuasa khas sudah ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.
Usul tersebut dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, yang menyifatkan isu berkenaan sebagai mendesak dan perlu dibincangkan segera.
Sebelum ini, lapan Ahli Parlimen PKR turut menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya menggantung tugas Azam sementara siasatan bebas dijalankan.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, dilaporkan berkata kerajaan tidak wajar menanggung risiko politik akibat isu membabitkan seorang penjawat awam.
Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, memaklumkan Azam telah dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa khas dan siasatan kini meneliti aspek pematuhan serta keteraturan pemilikan saham tersebut.
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi